• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 4S Nissan Terbesar Di Glenmarie

Pusat 4S Nissan Terbesar Di Glenmarie

August 13, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.comSEMINGGU selepas pelancaran pusat 3S di Taiping, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) terus mengorak langkah agresif memperkenalkan pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat) Nissan di Glenmarie yang juga terbesar di Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai sambil disaksikan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng.

KOS PELABURAN RM20 JUTA

Menelan kos pelaburan sebanyak RM20 juta, pusat 4S yang dibina atas tapak berkeluasan 165,318 kaki persegi itu dilengkapi ruangan pameran yang luas dan mampu mempamerkan sehingga 15 unit kenderaan.

Ia dilengkapi 27 ruangan servis yang dikendalikan oleh 22 orang juruteknik berpengalaman, serta mampu menyenggara sehingga 100 unit kenderaan sehari.

Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.comSelain itu, pusat 4s itu turut dilengkapi ruang pameran kenderaan terpakai Nissan MUV, Divisyen Sewa Beli, Insurans, lounge moden dan ruangan Kid’s Corner.

Buat pertama kali juga, ETCM memperkenalkan konsep peruncitan unik dengan menempatkan sebuah butik sukan bermotor dan butik V-Kool untuk para pelanggan mengubah suai kenderaan mereka; dan Zen Lounge.

Sehingga kini, ETCM memiliki rangkaian ekstensif melibatkan 100 buah bilik pameran termasuk pengedar dan 60 buah bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara.

13 Customer Waiting Lounge
12 Body and Paint_Spray Booth
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com
Pusat 4S Nissan Glenmarie - Pandulaju.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Glenmarie, Nissan, Pusat 4S Nissan, Tan Chong Express Auto Service Centre, TCEAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev