• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda BigWing Setapak, Pertama di Malaysia - Khusus Motosikal Berkuasa Tinggi

Honda BigWing Setapak, Pertama di Malaysia - Khusus Motosikal Berkuasa Tinggi

February 4, 2018 By Abang GYL 3 Comments

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda bigwing setapak

SELEPAS Honda Impian X, Boon Siew Honda terus mengorak langkah agresif dengan pembukaan Honda BigWing pertama di Malaysia. Menerusi pengedarnya, Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd, Honda BigWing yang dibuka di Setapak itu akan menjadi pusat sehenti khusus bagi motosikal berkapasiti 250cc dan ke atas.

Ia termasuklah menawarkan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat semua pemilik motosikal Honda berkuasa tinggi di Malaysia. Bilik pameran berkonsepkan Honda BigWing itu turut menampilkan rekaan terkini, peralatan tercangguh dan ruang rehat bagi pelanggan yang menghantar motosikal untuk diservis.

honda bigwing setapak

Bukan itu saja, pusat sehenti Honda BigWing Setapak yang memiliki keluasan 5,535 kaki persegi itu juga bakal menjadi lokasi tumpuan bagi pelbagai aktiviti seperti konvoi antarabangsa, sesi bertemu pelanggan dan banyak lagi.

Lebih menarik, pemilik motosikal berkuasa tinggi yang hadir ke Honda BigWing Setapak akan ditawarkan kad ahli Honda BigWing secara percuma. Pemegang kad ahli ini boleh menikmati diskaun minimum sebanyak 10 peratus bagi alat ganti dan aksesori Honda, pakej insuranskhas serta khidmat nasihat dari juruteknik berpengalaman.

Dalam pada itu, Boon Siew Honda turut mempertontonkan dua model baharu, Honda X-ADV dan CRF1000L Arfica Twin, Neo Café Racer CB1000 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Boon Siew Honda (BSH), ketiga-tiga model berkenaan dijangka berada di pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

BACA >>> Bilik Pameran Honda Impian X, Pertama di Malaysia Kini Dibuka

honda bigwing setapak
honda bigwing setapak

BAKAL BUKA 3 LAGI HONDA BIGWING

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Nobuhide Nagata berkata, pengenalan Honda BigWing baharu itu turut akan menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus atau lebih 1,600 unit jualan motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan.

Tambahnya lagi, BSH bakal membuka tiga lagi pusat Honda BigWing sepanjang tahun ini iaitu di Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bahru.

Buat semua pemilik motosikal berkuasa tinggi Honda di Malaysia, pastikan anda datang ke Honda BigWing Setapak kerana macam-macam ada. Jangan lupa dapatkan sekali kad keahlian BigWing.

honda bigwing setapakTEMPAHAN/SERVIS

  • Tel: 03- 4023 6192

ALAMAT

EE TIONG MOTORSPORT SDN BHD - HONDA BIGWING SETAPAK

  • 384, 386, 388, 390, Jalan Pahang, Setapak, Kuala Lumpur

FACEBOOK

  • www.facebook.com/pg/hondabigwingsetapak/

GALERI

honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak

Related

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, ee tiong motorsport sdn bhd, Honda BigWing Setapak, Honda CRF1000L Arfica Twin Malaysia, Honda Impian X, Honda Neo Café Racer CB1000 Malaysia, Honda X-ADV Malaysia, motor besar honda

Comments

  1. gc says

    February 4, 2018 at 7:15 PM

    can u do kia picanto newly launched test drive

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev