ENGLAND Highway menghasilkan stad jalan pintar yang akan menyala serentak apabila lampu isyarat bertukar hijau. Ciptaan stad LED itu, dikenali sebagai 'mata kucing', dipasangkan pada laluan sibuk di salah satu persimpangan jalan raya dalam negara.
Stad itu disepadukan bersama lampu isyarat berhampiran dan akan bercahaya apabila bertukar hijau, sekali gus membantu pemandu mengenal pasti laluan sebenar mereka. Apabila lampu isyarat merah semula, stad berkenaan akan terpadam.
Stad tersebut juga dapat dilihat sejauh 1km, dan akan dipasang di simpang Pulau Switch dalam Merseyside yang menghubungkan M57, M58 dan trio laluan A. Ada kira-kira 90,000 kenderaan menggunakan persimpangan itu setiap hari dengan melibatkan inisiatif keselamatan berjumlah £3 juta (RM16.41 juta). Purata nahas jalan raya yang berlaku pula adalah satu kemalangan bagi setiap selang dua minggu.
Stad pintar itu dibangunkan syarikat teknologi pengangkutan, Clearview Intelligence yang berpangkalan di Bicester, Oxfordshire. Menurut firma itu, ciptaan terbaharu itu terbukti mampu mengurangkan kemalangan akibat pertembungan lorong sebanyak 50 peratus.
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply