• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Triumph dalam 'Ant-Man and the Wasp', Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?

Triumph dalam 'Ant-Man and the Wasp', Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?

February 2, 2018 By Aryon 3 Comments

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARVEL baru saja menyiarkan trailer baharu filem 'Ant-Man and the Wasp'. Ini bermakna sekali lagi model motosikal baharu akan muncul dalam aksi kejar-mengejar filem adiwira penuh aksi tersebut. Bagaimanapun, filem Marvel baharu itu kini tidak lagi menggunakan khidmat jentera Harley-Davidson, tetapi memilih Triumph menerusi model Thruxton R.

Lihat video trailer di bawah, kelibat Thruxton R dapat dilihat pada minit 0:46 saat dan sekali lagi (lebih jelas) pada 1:34 minit.

Model Harley-Davidson sudah lama digunakan sebagai jentera rasmi Marvel Cinematic Universe. Pernah muncul dalam Captain America: The First Avenger (2011) yang berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua (WWII). Tambahan lagi jenama itu sendiri ada kaitan sejarah sebagai motosikal militari Amerika.

Kemudian, sekali lagi jentera Harley muncul dalam trailer filem Captain America: The Winter Soldier (2014), beberapa minggu sebelum debut, manakala trailer filem ketiga Captain America, Civil War (2016), menampilkan adegan kejar mengejar menggunakan model Street Rod™, tetapi model Harley itu tidak diperkenalkan kepada umum sehingga lebih setahun.

BACA >>> HJC Keluarkan Helmet Tema Star Wars, Bakal Jadi Koleksi Rare

Malah, prototaip motosikal elektrik Harley-Davidson, dinamakan Livewire turut melakukan kemunculan dalam filem Avengers: Age of Ultron (2015).

Bagaimanapun, dalam filem Ant-Man, Marvel memutuskan menggunakan Triumph, secara spesifik - model Thruxton R. Lihat syot layar (atas kiri) dan bandingan dengan foto sebenar Thruxton R di sebelahnya (kiri). Reservoir minyak brek, apit fork, kluster meter dan cagakan lampu utama,  memang nampak identik dengan model Triumph itu.

BACA >>> Triumph Street Triple 2017 Lincah & Berkuasa - Harga Bermula RM52,900

Di hujung terotel pula kita dapat lihat nat khas untuk dipasangkan cermin sisi. Jika dilihat lebih dekat, kita akan perasan ada kunci di tengah antara reservoir dan kluster meter yang siap tertera logo hitam-putih atas latar merah. Ciri lain yang jelas serupa ialah suspensi warna emas, ekzos kembar, cagakan fender depan, lampu brek belakang, penutup belakang dan strip yang menjalar sepanjang tangki minyak. Semua ciri itu nyata sepadan dengan Thruxton R.

Apakah ini bermakna Marvel sudah tidak lagi bersekutu dengan Harley-Davidson?

triumph-thruxton-1200r
triumph-thruxton-1200r-2
kunci-thruxton-r
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-01
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-02
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-03
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-04
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-05
triumph-thruxton-1200r-marvel-ant-man-wasp-06

SUMBER: Motorcycle.com

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Ant-Man and the Wasp, autotainment, filem, filem Marvel, Harley-Davidson, Marvel, roda2, Triumph, Triumph Thruxton R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev