MEMAHAMI keperluan pengguna yang kian meningkat, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GoAuto) melancarkan pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat) yang pertama di Glenmarie, Shah Alam.
Menelan kos pelaburan sebanyak RM2.5 juta, pusat 4S yang dibina atas tapak berkeluasan 1 ekar itu adalah yang pertama dan menjadi pusat sehenti buat pemilik kenderaan GWM.
Ketua Pegawai Eksekutif GoAuto, Ahmad Azam Sulaiman yakin pembukaam pusat 4S baharu ini mampu menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik dan pelanggannya tidak lagi perlu menunggu masa lama untuk penukaran alat ganti.
Selain memiliki bilik pameran yang luas dan selesa, bahagian servis menyediakan 15 ruangan serta mampu menyenggara sehingga 420 unit kenderaan dalam tempoh sebulan.
Sehingga kini, GoAuto memiliki tiga cawangan dan 27 pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Leave a Reply