• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda HR-V Facelift (2018) Debut di Jepun Bulan Depan, Tampil Gaya Civic dan City

Honda HR-V Facelift (2018) Debut di Jepun Bulan Depan, Tampil Gaya Civic dan City

January 28, 2018 By Han Othman Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK lama selepas foto brosur bocor di laman sosial, Honda Jepun tanpa ragu-ragu menerusi laman web pengeluar itu terus saja menyiarkan tiga foto rasmi HR-V (dipanggil Vezel di Jepun) versi dipertingkat atau facelift sambil mengesahkan bakal melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak tersebut pada 15 Februari ini.

Melihat penampilan HR-V facelift (2018) versi Jepun, jelas model kali ini mengetengahkan perubahan yang agak ketara dari segi imej luaran. Muka gril kini lebih tebal yang mengambil ilham rekabentuk Honda terkini seperti mana City dan Civic. Lampu LED  tidak lagi projektor tetapi beralih kepada reflektor dengan rekaan lebih sepet dan tajam.

BACA >>> PREVIU: Awas!!! Honda HR-V Sudah Tiba - Harga RM99,800 - RM118,800

Rekabentuk ventilator ambilan udara turut dikemas kini dan digandingkan dengan lampu kabus LED berbanding versi lama yang berbentuk bulat jenis halogen. Rekaan rim juga berubah, manakala gerbang roda plastik hitam dikekalkan.

HR-V facelift versi Jepun

HR-V facelift (2018) turut dibekalkan teknologi Honda Sensing Suite dan Driver Assist sebagai ciri standard semua model, pastinya khas untuk edisi Jepun sahaja. Varian pula didatangkan dalam dua opsyen: petrol dan hybrid, sama seperti model terdahulu yang dijual di pasaran Negara Matahari Terbit itu.

Di Malaysia, HR-V didatangkan dalam enjin 1.8L dengan 3 varian: S, E dan V pada harga bermula RM99,800 hingga RM118,800.

BACA >>> Honda HR-V Berwarna Merah Diperkenalkan - Harga Kekal

Apa yang dapat kami ulas, rekabentuk HR-V facelift (2018) kali ini memang nampak lebih agresif dan sporty, serta jauh lebih mengancam berbanding model lama. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Honda Malaysia akan menawarkan ciri Honda Sensing pada varian premium ataupun memperkenalkan varian hibrid seperti di Jepun.

Apapun, kami yakin ramai peminat Honda pasti sudah jatuh hati dengan rekaan baharu ini. Pecah tabung sekarang!

GALERI

SUMBER: Honda.co.jp

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, Honda, Honda HR-V, Honda HR-V facelift, Honda HR-V facelift (2018), Honda Jepun, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev