• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

#TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

February 24, 2018 By Suffian X 4 Comments

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN berenjin asasnya menjana tenaga untuk bergerak melalui sistem pembakaran bahan api yang dimampatkan bersama udara. Kenderaan moden masa kini lebih banyak menggunakan sistem suntikan bahan api atau fuel injection yang dikawal secara elektronik bagi mengatur dan mengawal nisbah campuran petrol dan udara supaya sentiasa tepat untuk keperluan enjin, bermula saat dihidupkan hingga akhir penggunaan.

Namun, sebelum teknologi suntikan bahan api tercipta, hampir keseluruhan enjin kereta dan motosikal di atas planet Bumi ini bergantung harap kepada ciptaan enjin bijak bestari berupa tiub/lorong campuran tepat petrol dan udara, dipanggil karburetor.

Karburetor masih popular dan menjadi nadi untuk sesetengah model kereta lama, apatah lagi motosikal. Walaupun kami bukan mekanik tersohor untuk mengajar brader semua tentang cara membaik pulih karburetor, tetapi cuma sebagai pendedahan asas mengenai konsep karburetor yang masih diguna pakai pelbagai enjin hingga kini.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang Enjin Pembakaran Dalaman yang Perlu Anda Tahu

carburetor2
Karburetor berprestasi tinggi!
Karburetor berprestasi tinggi!

ERA PENCIPTAAN KARBURETOR

Gambarajah rekaan asal karburetor Benz

Karburetor wujud sejak penghujung kurun ke-18 dan dicipta perintis automotif dan pengasas Mercedes, Karl Benz (1844–1929).

Berdasarkan gambarajah rekaan asal Benz itu, minyak daripada tangki (biru) akan memasuki penjana (hijau) di bawah sebelum minyak tersebut meruap. Bahan api yang meruap itu kemudian akan melalui paip (kelabu) dan bercampur dengan udara yang juga akan melalui paip yang sama.

Bahan api dan udara akan bercampur dalam kebuk (merah), dan akan disalurkan melalui injap (biru muda) kepada silinder (kuning). Di situlah proses pembakaran akan berlaku untuk menjana tenaga.

BACA >>> Gottlieb Daimler: Pereka Revolusioner Rintis Standard Baru Automobil Moden

JADI, BAGAIMANA KARBURETOR BERFUNGSI?

Sebagai rumusan ringkas, beginilah karburetor bertugas:

1. Sistem ambilan udara (air intake) akan menyedut udara masuk dari bahagian atas. Udara akan melalui sistem tapisan udara (air filter) untuk memerangkap bendasing sebelum disalurkan dalam karburetor.

2. Ketika enjin mula dihidupkan, injap chok (biru) dapat dilaraskan untuk mengurangkan jumlah udara yang masuk bagi melebihkan kadar minyak untuk memudahkan proses menghidupkan enjin.

3. Pada pertengahan tiub karburetor, udara yang disedut akan melalui bahagian tiub sempit dipanggil venturi. Bahagian ini akan membuatkan halaju udara dicepatkan dan mengakibatkan tekanan jadi rendah.

4. Tekanan udara rendah ini kemudian akan menghasilkan daya sedutan yang dapat menyedut bahan api (oren) dari tangki.

5. Injap terotel (hijau) dapat laraskan sistem karburetor untuk membuka atau menutup saluran tiub. Semakin besar injap dibuka, semakin banyak kandungan campuran udara dan bahan api disalurkan ke dalam kebuk pembakaran silinder enjin.

Ini akan menghasilkan lebih kuasa dan pecutan bagi sesebuah kenderaan. Senang cerita, bila tekan minyak, injap ini akan terbuka luas dan kereta brader biasanya akan jadi lebih laju.

6. Campuran optimum udara dan bahan api yang akan memasuki enjin.

7. Bahan api (oren) disalurkan dari sistem tangki kecil dipanggil kamber suapan apung atau float-feed chamber.

8. Ketika bahan api berkurangan dalam tangki, komponen apungan (float), juga dalam tangki, akan menurun dan membuka injap di atasnya untuk menerima lebih bahan api dari tangki utama.

9. Saluran bahan api dari tangki utama.

Karburetor terbahagi kepada pelbagai jenis dari segi rekaan, tahap kerumitan dan prestasi. Apapun, kami berharap siri artikel yang agak teknikal ini tidak akan menyebabkan brader pembaca semua stres dan mengalami kemurungan. Sama-sama kita belajar! Membaca itu jambatan ilmu. Malas membaca jambatan dungu!

SUMBER: ExplainThatStuff

Related

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2, Roda4 Tagged With: angin, autotainment, carb, carburetor, karburetor, mixture, pembakaran, petrol, roda2, Roda4

Comments

  1. Lyana says

    February 25, 2018 at 9:38 PM

    Saya pernah pandu kereta wira kaburator & injection. Ada perbezaan. Walaupun kedua2nya 1.5 tetapi karburator lebih ringan berbanding injection. Badan pun ringan

    Reply
  2. Man says

    February 26, 2018 at 8:04 AM

    Tp enjin karburetor kuat mkn minyak.. kena running lama.. kalau start terus jln memang sengguk2 la.. enjin efi start terua boleh jln lancar..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev