• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli Suka Sangat Kereta Putih, Honda Tawar Warna Putih Spesial!

Pembeli Suka Sangat Kereta Putih, Honda Tawar Warna Putih Spesial!

January 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia kali pertama memperkenalkan warna putih mutiara orkid (White Orchid Pearl) pada 2016 untuk model pemasangan tempatan (CKD) Civic dan Accord pada 2016. Pengenalan warna baharu itu mendapat maklum balas positif daripada pelanggan dan setakat ini menyumbang 38 peratus daripada jualan keseluruhan Civic dan 33 peratus, Accord.

Tahun lalu, Honda Malaysia sekali lagi memperkenalkan warna sama pada CR-V berikutan peningkatan permintaan warna tersebut. Hasilnya, jualan CR-V putih itu menyumbang 26 peratus daripada jualan keseluruhan SUV saiz pertengahan itu.

WARNA POPULAR

Berdasarkan tinjauan dibuat, pengedar rasmi jenama Honda di Malaysia itu mendapati warna tersebut memang popular dalam kalangan pelanggan. Jadi, warna tersebut kini diperluaskan kepada barisan model lain tahun ini seperti Jazz (petrol), City (petrol), BR-V dan HR-V. Tempoh menunggu penghantaran empat model dengan warna baharu itu dijangka 1 - 2 bulan.

Bagaimanapun, ada tambahan harga untuk pilihan warna istimewa tersebut seperti berikut:

  • Jazz dan City (petrol) - RM120
  • BR-V dan HR-V - RM300

Model SUV kompak, HR-V putih mutiara itu bukan sahaja memberi pilihan tambahan kepada pelanggan baharu tetapi juga meningkatkan imej dinamik. Untuk melihat sendiri pilihan warna baru itu dan melakukan tempahan, kunjungi 93 pusat jualan Honda di seluruh negara.

HONDA CITY
HONDA JAZZ
HONDA BR-V
HONDA HR-V

Related

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, br-v, Honda, Honda BR-V, Honda City, Honda HR-V, Honda Jazz, Honda Malaysia, HR-V, Jazz Petrol, Roda4, warna baru, White Orchid Pearl

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev