PROTON baru-baru ini mengadakan majlis menandatangani kumpulan kedua perjanjian Naik Taraf Rangkaian Pengedar di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam, terdiri daripada lima pengedar yang bersetuju menaik taraf Pusat Servis mereka kepada 3S dan 4S.
Kumpulan kedua ini ialah:
Perjanjian kumpulan kedua ini ditandatangani antara Ketua Jualan dan Perancangan Rangkaian Proton, Dr Ho Tuck Sum dengan:
- Dato’ Shamshudin Nor - Pengarah Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd
- Liew Vee Lee - Pengarah Harima Automobil (M) Sdn Bhd
- Judith Yam Siew Chu - Pengarah Urusan Atiara Johan (M) Sdn Bhd
- Mohd Nazrin Mohamad Fozi - Pengarah Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd
- Leong Chue Chye - Pengarah Hoi Keen Services Sdn Bhd
Turut hadir dalam majli berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato' Radzaif Mohamed dan barisan pengurusan kanan Proton.
PROTON KEKAL POSITIF
Dr Li nyata positif dan optimis dengan hala tuju Proton serta menganggap sekarang adalah masa yang tepat untuk pengeluar nasional itu mengembangkan perniagaan.
"Perlu ada sebab kenapa rakyat Malaysia terpesona dengan sang Rimau. Logo Proton sendiri ada imej harimau mengaum. Pasti ia melambangkan keberanian, kecekalan dan semangat juang. Kami akan terus melangkah ke depan untuk memastikan Proton kekal relevan dan berdaya saing dalam industri automotif, dengan memberikan produk berkualiti dan perkhidmatan kelas pertama.
"Pengedar bersetuju menaik taraf premis kepada 3S dan 4S kerana percaya bahawa layanan terbaik buat pelanggan selain pengalaman ketika proses jualan dan perkhidmatan sudah jadi kemestian.
"Kita ada banyak pengedar yang bersetuju menaik taraf rangkaian mereka dan ini membuktikan kekuatan dimiliki Proton. Masih ada ahli perniagaan di luar sana percayakan jenama Proton penuh yakin bahawa perkongsian dengan Proton ini akan membuahkan kejayaan dan meningkatkan kesedaran jenama dalam industri," tambah Dr Li lagi.
Leave a Reply