• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota C-HR 1.2L Turbo Kini di Malaysia, Tapi...

Toyota C-HR 1.2L Turbo Kini di Malaysia, Tapi...

January 25, 2018 By Abang GYL 1 Comment

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

toyota c-hr turbo malaysiaMYMOTOR Malaysia, anak syarikat MyEG memperkenalkan Toyota C-HR versi 1.2L Turbo ke pasaran tempatan yang dijual pada harga bermula RM176,000 hingga RM185,000.

Bagaimanapun, Toyota C-HR yang diperkenalkan itu bukanlah model baharu tetapi versi recon yang dibawa masuk dari Jepun. Menurut MyMotor, sebanyak 32 unit Toyota C-HR akan dibawa masuk tahun ini, dan 20 unit daripadanya akan dijual dan diserahkan kepada pelanggan sebelum Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

ENJIN 1.2L TURBO

Toyota C-HR yang dibawa masuk MyMotor itu dipadankan enjin bersesaran 1.2L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 116hp dan tork 185Nm.

WARANTI & SERVIS LEPAS JUALAN

Memandangkan Toyota C-HR yang dibawa masuk adalah versi recon, jaminan ditawarkan cuma setahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Bagaimanapun, pelanggan boleh membeli lanjutan jaminan pada harga RM1,000 setiap tahun. Servis selepas jualan hanya boleh dilakukan di panel MyOpal, MyEG seluruh negara.

BACA >>> Tempahan Toyota C-HR Kini Dibuka, Enjin 1.8L Berkuasa 135hp - Harga RM145,500

PATUTKAH ANDA BELI

Jika anda tidak kisah dengan harga, waranti, perkhidmatan selepas jualan dan mahu menjadi antara rakyat Malaysia yang terawal memiliki Toyota C-HR, inilah peluang keemasan perlu direbut.

Namun sekiranya anda tidak mahu pening kepala dan mahukan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan serta menikmati servis selepas jualan di pusat servis sah Toyota, maka anda patut tunggu Toyota C-HR yang bakal diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor tidak lama lagi.

Bagaimanapun, UMW Toyota hanya akan membawa masuk Toyota C-HR versi 1.8L dan ia akan dijual pada harga sekitar RM145,000. Makluat lanjut, layari www.mymotor.my.

GALERI

toyota c-hr turbo malaysia
harga toyota c-hr turbo malaysia
toyota c-hr turbo malaysia

Related

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin toyota c-hr malaysia, harga toyota c-hr malaysia, myeg, mymotor, toyota c-hr 2018, toyota c-hr baru, toyota c-hr malaysia, toyota c-hr mymotor, toyota c-hr turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my