• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Rio GT-Line (2018) dengan Gaya Lebih Sporty, Ada Karakter

Kia Rio GT-Line (2018) dengan Gaya Lebih Sporty, Ada Karakter

January 24, 2018 By Han Othman Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN tidak banyak versi prestasi ditawarkan Kia, tetapi pengeluar automotif dari Korea Selatan itu tetap tidak mahu kalah. Terbaharu, Rio GT-Line diperkenalkan yang kini tampil dengan gaya lebih sporty dan berkarakter. 

Bersedia muncul di Pameran Motor Geneva 2018 pada Mac ini, Rio GT-Line mengikuti versi sama yang terlebih dahulu diperkenalkan pada model-model Kia lain seperti Sportage, Sorento, Picanto dan Cee'd.

Rio GT-Line dijana enjin 3-silinder 1.0L pengecas turbo dengan paduan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 118hp. Sebagai perbandingan, prestasi dihasilkan adalah menyamai enjin Ford Fiesta ST, Renault Clio RS, Volkswagen Polo GTI atau Fiat 500 Abarth spesifikasi 595.

BACA >>> Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara - Harga RM79,888

Selain turbo, Rio GT-Line turut menawarkan dua varian enjin 4-silinder aspirasi natural (NA), 1.2L (83hp) atau 1.4L (98hp), sedikit kurang berkuasa dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan.

Rupa luaran kali ini lebih sporty menerusi penampilna gril krom dan hitam berkilat, rim aloi 17-inci, lampu kabus dan lampu siang (DRL) LED, dual-ekzos, trim tingkap krom, spoiler hitam berkilat, trim sil sisi. Ruang kabin pun menggabungkan kombinasi upholsteri kulit sintetik dan fabrik dengan sulaman benang kelabu, roda stereng bawah rata balutan kulit dan trim metalik dan gentian karbon artifisial.

KE MALAYSIA?


Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada Kia akan menawarkan Rio dalam versi yang betul-betul berprestasi tinggi.

Di Malaysia, Rio baharu diperkenalkan pada Julai tahun lalu dengan enjin 1.4L MPI pada harga RM79,888. Versi GT-Line ini pula hampir pasti tidak akan dibawa masuk ke Malaysia atas faktor harga dan persaingan pasaran. Tetapi, tidak mustahil Naza Kia akan memperkenalkan Rio berenjin pengecas turbo pula?

Apapun, rekabentuk Rio nGT-Line memang boleh tahan!

GALERI

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, Kia, Kia Rio, Kia Rio GT-Line, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev