• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 4 Sebab Kenapa Perodua Jadi Kereta Kegemaran Rakyat Malaysia

4 Sebab Kenapa Perodua Jadi Kereta Kegemaran Rakyat Malaysia

July 29, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

525
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Perodua-logoPERUSAHAAN Otomobil Kedua (Perodua) ditubuhkan pada 1993 hasil kerjasama di antara syarikat Malaysia dan Jepun bertujuan membuka satu lembaran baharu dalam lanskap industri automotif negara.

Setahun kemudian, ia melancarkan model pertamanya, Perodua Kancil pada Ogos 1994. Malah diam tak diam, Perodua kini sudah bertapak 22 tahun di Malaysia. Antara model-model pernah dikeluarkan oleh Perodua adalah:-

MODEL & TAHUN KELUARAN PERODUA

  1. Perodua Kancil - Ogos 1993
  2. Perodua Rusa - Mac 1996
  3. Perodua Kembara - Ogos 1998
  4. Perodua Kenari - Jun 2000
  5. Perodua Kelisa - Ogos 2001
  6. Perodua Myvi Generasi Pertama - Mei 2005
  7. Perodua Viva - Mei 2007
  8. Perodua Nautica 4WD - Mei 2008
  9. Perodua Alza - November 2009
  10. Perodua Axia - September 2014

EMY_6259Ramai juga bertanya, apa sebab utama kejayaan Perodua hingga mampu berkembang semakin maju sehingga hari ini.

Jawapan saya mudah, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kualiti. Pada pandangan saya, ada empat sebab utama mengapa Perodua mampu kekal cemerlang sehingga ke hari ini walaupun hanya bergantung kepada tiga model baharunya.P12304461.) MAMPU MILIK

Secara peribadi, Perodua sentiasa memastikan harga yang ditawarkan adalah mampu milik. Perodua Axia misalnya, harga jualan bermula RM24,437.16 (termasuk GST dan insurans). Fuhhh, mana ada kereta baharu yang dijual pada harga bawah RM25,000.

Walaupun hanya model asas (transmisi manual, tiada radio dan pembesar suara serta banyak lagi), ia tetap menjadi pilihan ramai. Sehingga kini, tempoh menunggu masih lama iaitu sekitar 1-2 bulan. Laku keras juga Axia.

2.) BERKUALITI

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Tipulah kalau saya katakan kereta Perodua 100 peratus ‘Perfect’. Namun, agak jarang kita dengar kenderaan Perodua sering menghadapi masalah kualiti.

Kalau ada pun dapat diselesaikan tanpa perlu berulang kali. Kalau tak, mungkinkah Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model terlaris selama sembilan tahun berturut-turut? Anda nilaikan sendiri.

 3.) NILAI KERETA TERPAKAI

Salah satu kejayaan Perodua adalah berkaitan dengan kadar nilai kereta terpakai yang masih tinggi. Jika anda mahu jual, ia tetap laku tidak kira transmisi manual mahupun automatik. Tak percaya, cuba tanya bekas atau pemilik sedia ada kenderaan Perodua.

4.) PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Aspek ini sangat penting bagi mana-mana pengeluar kereta. Jika perkhidmatan selepas jualan teruk, kereta sebagus manapun pasti ‘hancur’. Perkhidmatan selepas jualan adalah perkara paling penting bagi menunjukkan hala tuju sesebuah jenama itu.

Bagi Perodua, saya melihat ia cukup komited memastikan kenderaannya sentiasa berada dalam kondisi baik. Untuk makluman, saya memliki dua unit model Myvi. Saya akui perkhidmtan selepas jualan Perodua cukup baik dan konsisten.

P1270644Apa-apapun, saya berharap Perodua akan terus kekalkan momentun sedia ada dan teruskan membawa masuk model-model berkualiti dan paling penting MURAH. Jangan ‘kembang punggung’ pula selepas dipuji dan teruskan usaha anda untuk memeriahkan lagi lanskap automotif negara.

Lagi satu, dengar cerita model SEDAN Perodua akan dilancarkan tahun depan. Berdasarkan sumber dalaman, wakil media akan berpeluang melihat model ini secara dekat menjelang hujung tahun ini. Harap-harap menjadi dan rasa tak sabar pula.

Related

525
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Perodua, Perodua Axia, Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Kembara, Perodua Kenari, Perodua Myvi, Perodua Viva, PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd, Rahsia Kejayaan Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev