• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Bocor Foto Brosur Honda HR-V Facelift (2018) Versi Jepun

#Spyshot: Bocor Foto Brosur Honda HR-V Facelift (2018) Versi Jepun

January 23, 2018 By Han Othman 1 Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN lalu, foto spyshot Honda HR-V facelift (2018) dalam bentuk samaran tersebar di media sosial. Terbaharu, bocor  pula foto brosur kenderaan utiliti sukan subkompak itu, dipercayai disiarkan satu laman web Jepun.

Melihat foto bocor tersebut, jelas dapat rupa terkini HR-V facelift (2018) yang menyerlahkah rekabentuk baharu Honda. Antaranya ialah lampu utama LED dengan multi reflektor seperti yang ada pada CR-V Turbo, Civic Turbo, Accord facelift dan CR-Z baharu. Wajah gril turut berubah yang kali ini lebih tebal.

BACA >>> HR-V RS Muncul dalam Laman Web Honda Jepun, Sudikah Masuk Malaysia?

Turut diperbaharui pada HR-V facelift (2018) baharu ini ialah bampar depan dengan ventilator ambilan udara di fender kiri dan kanan yang lebih besar berbanding model sedia ada. Bentuk lampu kabus tidak lagi bujur, tetapi dibulatkan. Berdasarkan foto ditunjukkan, saiz tayar diberikan bersaiz 16-inci. Jika mengambil kira model Vezel (nama lain HR-V untuk pasaran Jepun), saiz tayar tersebut adalah untuk varian paling basis di Negara Matahari Terbit itu.

Enjin rasanya akan dikekalkan memandangkan model HR-V tahun ini adalah versi facelift. Namun, tidak mustahil juga Honda Malaysia bakal memperkenalkan varian enjin Turbo, ataupun hibrid seperti ditawarkan di negara asal SUV itu, Jepun.

BACA >>> Honda HR-V (2018) AS Sudah Siap, Perkenal Warna dan Rim Baharu

Kemasan kabin pastinya akan turut dikemas kini dari segi jenis material dan kemasan dalaman. Selain menyegarkan semula model yang dilancarkan di Malaysia sejak 2014 itu, penampilan HR-V facelift (2018) kali ini juga sebagai persediaan berdepan saingan pencabar baru dalam kelas sama seperti Toyota CH-R, dan Mazda CX-2, serta tidak terkecuali SUV baharu Proton (jika dijual dalam julat harga sama).

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda HR-V, Honda HR-V facelift (2018), Honda Malaysia, Honda Vezel, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Spyshot, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my