• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Clio Urban Nav - Varian Edisi Khas dengan Pilihan Enjin Petrol, Diesel

Renault Clio Urban Nav - Varian Edisi Khas dengan Pilihan Enjin Petrol, Diesel

January 23, 2018 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


RENAULT mengumumkan Clio edisi khas dipanggil Urban Nav yang dibina berasaskan trim Clio Dynamique Nav sedia ada dengan skema warna baharu, Urban Grey (kelabu) dan tambahan ciri pada harga bermula £16,225 (RM89,924).

Antara ciri tambahan baharu diperkenalkan ialah sensor parkir belakang, rim aloi 16-inci, dan lampu utama LED. Ruang kabin memuatkan  skrin infotainment sentuh 7-inci, navigasi satelit, dan penyaman udara dengan masukan tanpa kunci.

BACA >>> Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih 'Jahat'

Walaupun semua ciri tambahan yang bernilai £1,265 (RM6,961) itu diberikan sebagai spesifikasi standard, harga Urban Nav cuma £575 (RM3,164) lebih premium berbanding Dynamique Nav.

DUA PILIHAN ENJIN

renault-clio-urban-2018-11
renault-clio-urban-2018-13
renault-clio-urban-2018-3

Mereka yang membeli Clio Urban Nav dibenarkan memilih dua varian enjin: 3-silinder 0.9L petrol pengecas turbo, dan 4-silinder 1.5L diesel yang kedua-duanya menghasilkan kuasa 89hp. Bagaimanapun, varian diesel menghasilkan lebih kilasan tork, iaitu 220Nm berbanding petrol, 135Nm. Varian diesel juga lebih mahal £1,450 (RM7,980), iaitu £17,675 (RM97,274).

BACA >>> Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih 'Jahat'

Kedua-dua enjin Clio Urban Nav (2018) menggunakan kotak gear manual 5-kelajuan, manakala transmisi automatik dual-klac 6-kelajuan dikhaskan untuk model diesel  sahaja dengan tambahan harga £1,320 (RM7,264).

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hot-hatch, Renault, renault clio, Renault Clio Urban Nav, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev