SEPERTI biasa, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu, hitam dan biru untuk model Yamaha YZF-R25 2018 dengan penampilan lebih garang.
Dari aspek mekanikal, Yamaha YZF-R25 2018 masih lagi dijana unit enjin sama iaitu bersesaran 249cc yang mampu menghasilkan kuasa 35.5hp pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm (10,000rpm) bersama transmisi 6-kelajuan. Di atas lebuh raya, Yamaha YZF-R25 2018 mampu memberikan kelajuan maksimum sekitar 170kmj.
HARGA KEKAL, TAPI SAMPAI KEDAI KAMI TAK PASTI
Begitu juga harga jualan masih kekal sama. Yamaha YZF-R25 2018 dijual pada harga RM20,630.78 termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan.
Mengenai cerita Yamaha R15 pula, HLYM sebenarnya masih belum memutuskan sama ada mahu membawa masuk model itu atau tidak. Apapun, tinjauan pasaran sudah pun dibuat dengan mengambil kira pandangan pembeli Malaysia tentang produk tersebut. Nak tahu lanjut, ikuti cerita Yamaha R15 dalam pautan di bawah ini:
BACA >>> #SembangDeras: Yamaha R15 Tidak Muncul Sebab Tidak Macam Buat Kuih
BACA >>> Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25
NoABSsayNoToYamaha. says
Mana ABS ? Keselamatan didahului.