BUAT pertama kali, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan bilik pameran berkonsepkan Honda Impian X menerusi pengedarnya, Swee Seng Heng Sdn Bhd di Johor Bahru.
Bilik pameran Honda Impian X adalah sebagai pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan, khusus motosikal berkapasiti 300cc ke bawah.
Antara kemudahan disediakan adalah sambungan Wifi percuma, dan ruang menunggu selesa. Malah, makanan dan minuman ringan turut disajikan kepada pelanggan. Semua itu dilakukan demi memberikan pengalaman terbaik buat pemilik motosikal Honda.
Selain itu, Honda Impian X turut dilengkapi peralatan dan teknologi terkini yang dikendalikan mekanik terlatih, menggunakan alat ganti tulen. Bukan itu saja, pelanggan yang membeli mana-mana model baharu BSH di Impian X, akan diberikan latihan cara menunggang betul daripada jurulatih keselamatan sebelum proses penyerahan motosikal dibuat.
BACA >>> Boon Siew Honda Kembali Mengganas - Bakal Lancar 10 Model Sepanjang 2018
RANCANG 10 HONDA IMPIAN X TAHUN INI
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Nobuhide Nagata berkata, pengenalan Honda Impian X dijangka meningkatkan lagi jualan sebanyak 21 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Tambahnya lagi, BSH turut merancang membuka 10 pusat Honda Impian X seluruh negara sepanjang tahun ini. Dua daripada pusat servis itu adalah di Perak, iaitu Hip Seng Motors dan Kin Wah Motors yang akan dilancarkan pada suku pertama 2018.
Ayuh pemilik atau bakal pembeli motosikal Honda di Johor Bahru, pastikan anda tidak ketinggalan mengunjungi bilik pameran berkonsepkan Honda Impian X pertama di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari laman Facebook Swee Seng Heng:
BACA >>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!
TEMPAHAN/SERVIS
- Tel: 07- 530 0595 / 07- 530 0596
ALAMAT
SWEE SENG HENG SDN BHD
- No. 29 & 31, Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor Bahru.
Kamarul says
Pihak Honda bukalah Premis Honda Impian X dengan konsep serupa di Lembah Klang. Ramai biker yang suka tp nak ke JB jauhlah.