• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 790 Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

KTM 790 Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

January 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL-model baru yang ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 boleh saja dijadikan bayangan tentang kemunculan produk dua roda baru di Malaysia, tahun ini. Selepas mendapat maklumat tentang model Kawasaki Motor Malaysia bagi 2018, kami sempat merisik pula maklumat tentang model jenama Austria - KTM.

Tahun lalu adalah kali terakhir KTM Malaysia melancarkan produk baru menerusi debut 250 Duke dan 390 Duke. Khabarnya, tahun ini KTM Malaysia bakal membawa masuk pula 790 Duke sebagai model pembuka tirai 2018. Maklumat terbaru ini disahkan sendiri sumber kami yang enggan dikenali. Bagaimanapun, masa ketibaan sebenar masih belum diketahui.

BACA >>> #EICMA2017: KTM 790 Duke (2018) - Streetfighter Dwi-Silinder Debut di Milan

KUASA 103HP, TORK 86NM

Menurutnya, tidak mungkin 790 Duke akan tiba dalam masa terdekat. Ada kemungkinan diperkenalkan sama ada selepas suku pertama 2018. Sebagai makluman model itu diperkenalkan pada EICMA 2017, November tahun lalu.

Jentera streetfighter itu dilengkapi enjin 799cc dwi silinder berkuasa 103hp pada 9,000rpm dan 86Nm (8,000rpm). Sebagai jenama yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan jentera yang ringan dan lincah, berat 790 Duke cuma 168kg.

BACA >>> KTM 790 Duke Lancar di Britain, Harga Saingi Kawasaki Z900! Malaysia Menyusul 2018?

790 Duke itu menampilkan rekabentuk langsing dengan dilengkapkan suspensi terbalik (USD) WP di depan dan monoshock boleh laras (belakang). Keyakinan membelok dibantu ciri Belokan ABS dan Kawalan Traksi yang peka sudut miring.

CIRI SERBA MODEN

Harga-2018-KTM-790-Duke-Pandulaju-5
Harga-2018-KTM-790-Duke-Pandulaju-6
Harga-2018-KTM-790-Duke-Pandulaju-2
Harga-2018-KTM-790-Duke-Pandulaju-1
Harga-2018-KTM-790-Duke-Pandulaju-11

Berikut ciri penting perlu anda tahu tentang 790 Duke yang bakal tiba di Malaysia, tahun ini:

  • Teknologi Ride-by-Wire dengan 4 mod tunggangan - Sport, Street, Rain dan Track (mod kustom individu).
  • Mod Supermoto - mod berasingan yang membolehkan penunggang menyahaktif kawalan traksi dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pada roda belakang.
  • Paparan meter digital LCD TFT berwarna dengan sokongan aplikasi sambungan telefon pintar, MY RIDE.
  • Bar hendal boleh laras 12 tetapan.
  • Peredam stereng sebagai standard untuk menyahkan situasi stereng gelupur atau tank slapping.
  • Kawalan elektronik penuh, terdiri daripada Kawalan Traksi yang mengesan sudur miring, Belokan ABS, Regulasi Gelincir Motor (MSR), Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Quick Shifter, tidak perlu lagi menukar gear menggunakan klac.

Setakat ini, hanya pasaran Eropah melancarkan model pesaing Kawasaki Z900 itu. Dilancarkan tahun lalu, harga seunit 790 Duke adalah kira-kira RM50,000 di rantau sana.

Related

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 790 Duke, Auto Terkini, Duke, EICMA 2017, Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia, KTM, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, ktm 790 duke, ktm malaysia, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, roda2, streetfighter, z900

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev