• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Inilah Sebab Ada 'Ninja' dalam Kawasaki

#RetroAuto: Inilah Sebab Ada 'Ninja' dalam Kawasaki

January 20, 2018 By Aryon 4 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENAPA mesti Ninja dan tidak Samurai atau Bushinsaba? Siapakah pula Mike Vaughan? Dari manakah asal nama Ninja muncul dalam Kawasaki?

Selepas kita mengetahu cerita panjang lebar tentang asal-usul pemilihan warna ikonik 'Hijau Kawasaki', pasti anda pernah juga tertanya, siapakah mamat dalam artikel itu yang bercerita panjang lebar tentang sejarah retro 'Lime Green' Kawasaki itu. Apakah kaitan dia dan nama Ninja?

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna 'Trademark' Kawasaki

Mike Vaughan tidak lain dan tidak bukan ialah bekas Pengarah Pemasaran Kawasaki USA selama 11 tahun. Beliau juga individu yang bertanggungjawab mencadangkan supaya 'Hijau Kawasaki' dijadikan skema warna utama KZ1000R pada 1982, selepas Eddie Lawson memenangi kejuaran AMA Superbike pada tahun sebelumnya -1981- menerusi jentera superbike hijau, Kawasaki Z1000J.

Mike Vaughan (gambar) pernah menimbangkan nama 'Panther' sebelum idea itu dicantas!

Tidak lama kemudian Vaughan mencipta sejarah lagi. Dalam proses perancangan produk baru Kawasaki, beliau mula menimbangkan beberapa nama pilihan yang bakal digunakan jentera jalanan terbaharu Kawasaki.

Vaughan sebelum ini pernah tinggal di Asia. Di sana, beliau sudah terbiasa dan sering kagum dengan kisah dan mitos tentang pahlawan dari Jepun, Ninja yang terkenal dengan kekuatan dan pertempuran secara menyelinap. Malah, beliau turut menamakan kapal layarnya, Columbia 22 sebagai Ninja.

TAKSUB NINJA

Tanpa perlu menunggu lama, beliau terus saja mencadangkan nama Ninja untuk produk terbaharu Kawasaki. Sejak itu, lahirlah Kawasaki GPZ900R atau nama popularnya, Ninja 900R sebagai penyambung legasi era superbike 4-lejang, Z1 yang dilancarkan kira-kira sedekad sebelumnya. Ninja 900R juga ialah model Kawasaki pertama yang menggunakan gelaran Ninja, pada 1984.

Ninja 900R adalah perintis kepada rekabentuk dan teknologi sportbike hari ini.

Kombinasi rekabentuk aerodinamik yang sofistikated, casis diilhamkan daripada jentera perlumbaan, dan bernadikan enjin 4-silinder, 16 injap dengan penyejukan cecair yang pertama kali diperkenalkan ketika itu, Ninja 900R jauh mendahului pesaing lain selama berdekad lama sebelum teknologi sebegitu digunakan secara meluas. Malah, Ninja 900R ialah superbike pengeluaran pertama yang mampu mencapai kelajuan melebihi 240kmj!

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu - Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motosikal

Dek tarikan yang sangat baik diberikan Ninja 900R, tidak hairanlah Kawasaki memutuskan menggunakan gelaran ajaib - Ninja - untuk barisan motosikal seterusnya. Kini selepas 30 tahun, Ninja dan 'Hijau Kawasaki' sudah digunakan kira-kira 30 model Kawasaki, daripada sehebat jentera lumba supercas, H2R hingga sekecil sportbike jalanan, Ninja 80RR.

Jika warna 'lime green' wajib ada pada setiap model dihasilkan Kawasaki, gelaran Ninja pula dikhaskan untuk sportbike Kawasaki dengan rupa fairing penuh, sama ada versi prestasi tinggi atau tidak.


Apakah model Kawasaki Ninja yang anda tunggang sekarang, atau yang pernah anda miliki suatu masa dulu? Apakah warna hijau juga? Kongsikan di ruangan komen.

SUMBER: History of the Kawasaki Ninja

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Kawasaki, kawasaki ninja, mike vaughan, ninja, Retro Auto, roda2, sejarah, sejarah kawasaki ninja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev