• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Videotomotif: Siapa Menang - Kia Stinger GT Lawan Porsche, BMW?

#Videotomotif: Siapa Menang - Kia Stinger GT Lawan Porsche, BMW?

January 18, 2018 By Han Othman 4 Comments

FacebookTwitter


DI Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, Kia Stinger ialah alternatif mampu milik kepada sedan prestasi tinggi seperti BMW 4-Series Gran Coupe dan Audi A5 Sportback. Di AS misalnya, beza harga antara Stinger dan dua pesaingnya itu lebih AS$10,000 (RM39,585)!

Persoalannya, apakah status mampu milik itu juga mampu memberikan status mampu lawan? Terkini, Kia menyiarkan video baharu yang memaparkan aksi Stinger GT, berharga AS$41,250 (RM163,288) dengan pek diferensial gelincir terhad, melawan BMW 6-Series 640i Gran Coupe M Sport dan Porsche Panamera 3.0L V6 yang mana harga kedua-dua model itu pastinya lebih mahal, sekitar AS$90,000 (RM356,266).

BACA >>> Kia Stinger GT - Limpahan Kuasa Seindah Rupa (Video + 14 Foto Menarik)

Dipantau AMCI Testing, ujian perbandingan itu melibatkan empat sesi: pecutan, belokan, slalom dan pusingan trek pendek. Setiap kereta dipandu seorang pelumba profesional.

Keputusannya, sedan liftback 5-pintu Korea itu mengungguli kebanyakan sesi ujian, walaupun Panamera V6 nampak lebih baik di selekoh. 6-Series Gran Coupe pula sentiasa agak lambat.

PECUTAN 0-100KMJ

  • Stinger GT - 4.60 saat
  • Panamera - 5.14 saat
  • 640i Gran Coupe - 5.18 saat

BELOKAN TAJAM DAYA-G

  • Panamera - 1.049 G
  • Stinger GT - 1.024 G
  • 640i Gran Coupe - 0.966 G

SLALOM

  • Panamera - 63.0 mph (101.38kmj)
  • Stinger GT - 62.8 mph (101.06)
  • 640i Gran Coupe - 59.6 mph (95.91kmj)

PUSINGAN TREK PENDEK

  • Stinger GT - 45.70 saat
  • Panamera - 45.86 saat
  • 640i Gran Coupe - 47.78 saat

Bersungguh benar nampaknya Kia mahu membukti kelebihan Stinger. Tetapi tidak pula diketahui apakah pemilik atau bakal pembeli Porsche dan BMW akan beralih kepada Stinger hanya kerana selepas menonton video ini? Tetapi kenapa pula tidak?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: BMW 6-Series, BMW 640i Gran Coupe M Sport, Kia, Kia Stinger, Kia Stinger GT, Porsche Panamera, Porsche Panamera 3.0L V6, Roda4, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev