• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Debut Rasmi Bentley Bentayga V8 Versi Kurang Buas - 542hp, 770Nm

Debut Rasmi Bentley Bentayga V8 Versi Kurang Buas - 542hp, 770Nm

January 15, 2018 By Han Othman 3 Comments

FacebookTwitter


BENTLEY Bentayga V8 melakukan debut rasmi sebagai alternatif kepada W12 dengan menampilkan enjin sedikit kurang berkuasa yang pastinya ditawarkan pada harga lebih rendah.

Bentayga V8 datang dengan enjin 4.0L pengecas turbo kembar V8 berkuasa 542hp dan tork 770Nm bersama transmisi automatik 8-kelajuan ZF dalam transmisi pacuan semua roda (AWD). Menurut Bentley, kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.4 saat  dengan kelajuan maksimum mencecah 289kmj. Sebagai perbandingan dengan versi W12 ialah 4.0 saat dan 300kmj.

BACA >>> Bentley Continental GT Supersports Tampil Lebih Buas dan Berkuasa

Bentayga V8 turut dipasangkan brek seramik karbon yang juga menjadi model Bentley pertama kali menggunakan komponen tersebut. Malah, sistem brek itu adalah terbesar dan paling berkuasa pernah dibekalkan Bentley kepada model jenama itu, dan juga menjadi brek depan terbesar pernah dimiliki mana-mana kereta pengeluaran.

YANG PERTAMA

Bentley-Bentayga-V8-Amerika-9
Bentley-Bentayga-V8-Amerika-8
Bentley-Bentayga-V8-Amerika-1
Bentley-Bentayga-V8-Amerika-7

Rotor brek berukuran 17.3 inci di depan dan 14.5 inci (belakang). Kaliper depan 10-piston menghasilkan daya membrek besar, iaitu lebih 6,000Nm. Brek standard dihasilkan daripada besi dan digabungkan dengan kaliper brek Tornado Red.

Lagi fakta nombor satu, Bentayga V8 juga SUV pertama menawarkan rim sport hitam 5 jejari 22-inci, iaitu satu daripada 11 pilihan rim (bersaiz tersebut) yang ada untuk SUV. Antara kemas kini luaran lain ialah penggunaan krom dan hitam pada gril, dan kemasan hitam untuk hujung ekzos kuad bagi membezakan dengan model W12 yang lebih mewah.

Dalaman pula dihiaskan trim gentian karbon, roda stereng kemasan kayu atau 'hide-trimmed' dan terdapat dalam kulit coklat 'Cricket Ball'. Harga dan tarikh jualan belum didedahkan.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bentley, Bentley Bentayga V8, Bentley Bentayga W12, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV mewah

Comments

  1. wak says

    January 15, 2018 at 2:04 PM

    5432hp ini sungguh power ranger.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev