• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MX King 150 @ Y15ZR 'Raja Kapcai' 2017 di Indonesia!

Yamaha MX King 150 @ Y15ZR 'Raja Kapcai' 2017 di Indonesia!

January 14, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBENARNYA pasaran kapcai (dipanggil bebek) di Indonesia agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan lalu berikutan peralihan trend penunggang di sana yang kini lebih menggemari skuter dan sportbike. Kesannya, beberapa pengeluar mula melakukan beberapa inovasi dengan menampilkan ciri sportbike terhadap kapcai seperti memperkenalkan ciri sporty dan enjin lebih berkuasa.

Dan kita sebenarnya sedikit sebanyak perlu berterima kasih kepada rakan jiran kita di Indonesia kerana perubahan trend di sana membuatkan kita menikmati pasaran kapcai berenjin 150cc. Jika lebih sedekad lalu, siapa pun tidak pernah membayangkan enjin sebuah kapcai mampu mencapai kapasiti 150cc sebagai enjin standard.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya...

Dan sekarang, pasaran kapcai masih bertahan pun kerana demand di Malaysia pula tinggi dan boleh dianggap antara kubu kuat pasaran moped di Asia Tenggara.

RAJA KAPCAI INDONESIA

yamaha-mx-king-150-indonesia-1
yamaha-mx-king-150-indonesia-2
yamaha-mx-king-150-indonesia-3
yamaha-mx-king-150-indonesia-4
yamaha-mx-king-150-indonesia-5

Ok, cukup dulu mukadimah pasal kapcai. Artikel kali ini mahu berkongsi tentang kapcai paling laris di Indonesia sepanjang 2017, iaitu Yamaha MX King 150 (dipanggil Y15ZR di Malaysia). Walaupun baru berusia tiga tahun, MX King 150 masih mengekalkan status 'Raja Kapcai' di republik itu dengan mencatakan angka jualan 62,551 unit sepanjang tahun lalu.

Sebenarnya itu bukan angka yang menggembirakan Yamaha kerana jumlah tersebut sudah menurun 6,000 unit berbanding tahun sebelumnya. Namun, apa yang positif, angka dicapai itu membolehkan MX King 150 menguasai 46.54 peratus pasaran kapcai.

BACA >>> Yamaha Y15ZR SE Edisi GP (2017) - Harga RM8,891.28 Seunit (Naik Sikit Daa...)

Kedudukan kedua dimiliki Honda Sonic 150R (34,137 unit) dengan menguasai 25.4 peratus pasaran kapcai, manakala ketiga jatuh kepada Honda Supra GTR 150 (dipanggil RS150R di Malaysia) sebanyak 22,536 unit dengan 16.77 peratus pasaran kapcai sepanjang 2017.  Kapcai Suzuki Satria F150 FI pula menduduki kedudukan terakhir dengan angka jualan 15,186 sahaja dengan menguasai pasaran sebanyak 11.30 peratus.

Umumnya, pasaran kapcai Indonesia mencatatkan penurunan drastik sepanjang 2017. Jika sepanjang 2016, segmen super moped itu mampu meraih jualan hingga 178,425 unit, sebaliknya tahun ini menurun 24,67 peratus, iaitu 134,410 unit sahaja.

Trend hari ini juga menunjukkan perkembangan sama yang memberikan kebarangkalian tentang risiko kemerosotan angka jualan segmen kapcai di Indonesia.

Bagaimana pula Malaysia? Sebenarnya, trend sportbike dilihat perlahan-lahan mengambil tempat di hati peminat motosikal negara ini. Tambahan lagi dengan kemunculan model Modenas yang berada dalam jangkauan harga mampu milik. Apakah kapcai berkuasa masih relevan pada masa mendatang?

SUMBER: AutoNetMagz

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Indonesia, Kapcai, kapcai Indonesia, Moped, roda2, super moped, Suzuki, underbone, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev