• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yuki Ito Bangkit Raih Kemenangan Di Litar Suzuka

Yuki Ito Bangkit Raih Kemenangan Di Litar Suzuka

July 5, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SS600 Podium - P1 Yuki Ito P2 Tomoyoshi Koyama P3 Noriyuki HagaHAMBAR dengan prestasi dua pusingan lalu, Yuki Ito akhirnya bangkit meraih kemenangan pertama musim 2015 dalam saingan SuperSports 600cc pada Pusingan ke-3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (FIM) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu berjaya mendapat tempat pertama setelah mengungguli 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32'16.873s.

SS600 Race 1 at the Suzuka CircuitIto bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke pusingan ketujuh untuk berada di kedudukan pertama setelah pendahulu perlumbaan, Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda) terjatuh dan membuka ruang buat Ito mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Tempat kedua menjadi milik Tomoyoshi Koyama (T Pro Yuzy Honda NTS) dengan masa 32'24.233s manakala Noriyuki Haga (Team Kagayama Suzuki Asia) menghadiahkan podium pertama buat pasukannya dan juga pengeluar Suzuki setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 32'25.549s.

Yuki Ito during the SuperSports 600cc race at Suzuka" Kemenangan ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Dari peringkat awal saya cuba mengekori di belakang Takahashi yang jelas begitu pantas di sini.

" Semasa pertengahan perlumbaan, saya hampir terjatuh namun masih berjaya mengekalkan kedudukan jentera sehingga ke garisan penamat," jelas Ito.

KEPUTUSAN

SuperSports 600cc - Pusingan ke-3

1.Yuki Ito (Yamaha) 32’16.873s
2.Tomoyoshi Koyama (Honda) 32’24.233s
3.Noriyuki Haga (Suzuki) 32’25.549s
4.Dimas Ekky (Honda) 32’39.770s
5.Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) 32’41.941s

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: FIM, Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS, Litar Suzuka, Noriyuki Haga, PETRONAS Hong Leong Yamaha, Tomoyoshi Koyama, Yuki Ito

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my