• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Karnival 'MYPerodua Nation' Mai Lagi! Kali Ini Nun di Utara [13-14 Januari 2018]

Karnival 'MYPerodua Nation' Mai Lagi! Kali Ini Nun di Utara [13-14 Januari 2018]

January 12, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KARNIVAL MYPerodua Nation kembali lagi dan kali ini bakal menggegarkan warga Utara pada 13-14 Januari ini di pusat beli-belah Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Karnival berkenaan ialah kesinambungan daripada acara sama yang berlangsung di Shah Alam tahun lalu dengan mendapat sambutan meriah.

Perodua memperkenalkan promosi menarik menerusi kempen 'Happy New Ride' yang menawarkan penebusan tunai RM2,000 buat Bezza Standard G dan Alza; dan RM1,500 (Bezza Advance dan Axia).  Pengunjung juga berpeluang mendapatkan potongan harga 50 peratus bagi alat ganti, barangan GearUp dan aksesori, termasuk merebut peluang 'Happy Hours' berupa pakej alat ganti menarik. 

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran istimewa, 'Compact Nation' yang menceritakan perjalanan Perodua sepanjang 25 tahun bergelar pengeluar kereta kompak nasional negara. Tidak jupa juga merasai sendiri demonstrasi teknologi keselamatan Perodua, Bantuan Keselamatan Termaju (ASA).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

MYPerodua Nation ialah acara tahunan Perodua dengan objektif mendekatkan jenama itu kepada rakyat Malaysia. Selain utara, Perodua turut merancang mennganjurkan acara sama ke seluruh negara.

Selain aneka jualan hebat, Perodua turut menjemput barisan penyanyi terkenal untuk memeriahkan acara karnival yang terdiri daripada Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, dan Siti Nordiana, manakala kanak-kanak akan dihiburkan dengan aksi BoBoiBoy.

Tidak lengkap pula rasanya acara sehebat MYPerodua Nation jika tiada cabutan bertuah. Memang ada! Perodua menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa telefon pintar bernilai lebih RM3,000! Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang mengunjungi MYPerodua Nation di Kedah.

Maklumat lanjut boleh layari Perodua.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BoboiBoy, karnival Perodua, Kedah, MyPerodua Nation, MyPerodua Nation 2018, Perodua, Sungai Petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev