• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apakah 'Yamaha MT-09 SP' Lancar Esok?

Apakah 'Yamaha MT-09 SP' Lancar Esok?

January 11, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sudah lama menghantar jemputan model terbaharu yang bakal dilancarkan esok. Bagaimanapun, tiada sebarang petanda model apakah yang bakal dilancarkan.

Hanya ada teaser lampu depan jentera berkenaan dengan kapsyen, 'Coming Soon - A Brand New Street Fighter' (Akan Datang - Produk Street Fighter Baharu). Status berkenaan di muat naik kelmarin (9 Januari) dengan sebaris ayat 'Watch Out For 12 January 2018' (Nantikan 12 Januari 2018).

Kami cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang model tersebut, tetapi tiada mana-mana sumber HLYM mahu membuka mulut. Pencarian maklumat diteruskan, kali ini bertanya rakan  automotif, dan hasil sembang kedai kopi itu, ramai mendakwa motosikal baharu itu ialah MT-09.

Selepas meneliti kembali teaser, imej dipaparkan memang mirip lampu depan yang ada pada MT-09. Mungkinkah model pertama 2018 dibawa HLYM ialah Yamaha MT-09 SP? Tambahan dua huruf di belakang menandakan versi premium MT-09 dengan kemas kini dilakukan pada bahagian suspensi selain opsyen warna.

Model itu, yang diperkenalkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, menerima suspensi fork boleh laras di depan dan monoshock Öhlins boleh laras elektronik di belakang. Pihak Yamaha turut menawarkan pilihan warna menarik, Silver Blu Carbon yang dipadankan rim biru.

BACA >>> #EICMA: Yamaha MT-09 SP, MT-07 (2018) Perhalusi Pengendalian, Rekaan Agresif

Grafik khas SP melengkapkan lagi penampilan versi premium MT-09 dengan pelana sulaman benang biru dan panel paparan dan butang kawalan warna gelap. Bahagian enjin kekal tidak berubah yang mana masih mempertaruhkan enjin 847cc 3-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 113hp pada 10,000rpm dan tork 87.5Nm (8,500rpm).

Sistem Quick Shift (QSS) juga dibekalkan bagi melengkapi kotak gear 6-kelajuan dan klac bantuan/gelincir (assist/slipper).

MT-09 sudah berada di pasaran Britain dan dijual pada harga bermula €8,999 (RM42,895). Apakah tekaan kami tepat dan mengena? Sama-samalah nantikan berita pelancaran model baharu HLYM lebih kurang petang esok.

GALERI

Yamaha_MT-09_SP_pandulaju2
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju4
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju5
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju6
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju7
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju8
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju9
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju13
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju10
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju12
Yamaha_MT-09_SP_pandulaju14

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Malaysia, MT-09, roda2, street fighter, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev