BERITA gembira buat peminat automotif seluruh negara kerana Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) dimaklumkan akan kembali berlangsung tahun ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, KLIMS akan terus kekal sebagai acara kereta yang unggul peringkat kebangsaan dan memainkan peranan penting dalam industri automotif di Malaysia.
“Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kos operasi perniagaan yang memberikan kesan ke atas pengeluar, sektor automotif tempatan dijangka berdepan satu lagi tahun mencabar.
BACA >>> #GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise
"MAA dan pengeluar kereta terkemuka berpendapat 2018 adalah masa sesuai untuk mengadakan pameran kereta bagi menghidupkan kembali sentimen pengguna, menjelaskan kewujudan jenama, dan mengukuhkan industri," katanya.
Menurut Aishah, kehadiran semula KLIMS 2018 turut didorong pembukaan pusat pameran terbesar negara, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.
"MAA yakin tapak baru KLIMS akan memberikan pengalaman baru kepada pempamer dan pengunjung,” tambah Aishah lagi.
Berikut Info Ringkas Tentang KLIMS 2018:
- KLIMS 2018 bakal berlangsung bermula 23 November - 2 Disember 2018 di MITEC, Kuala Lumpur
- Tema KLIMS 2018 ialah 'Beyond Mobility'. Pilihan tema adalah tentang usaha mempersiapkan industri automotif bagi menghadapi cabaran pasaran masa depan, di samping memenuhi keperluan pelanggan masa kini.
- Kedatangan KLIMS 2018 ialah siri ke-9 selepas kali terakhir penganjuran lima tahun lalu.
- KLIMS 2018 dijangka dapat menarik kehadiran lebih 350,000 pengunjung sepanjang tempoh 10 hari acara.
- KILMS 2018 akan menghimpunkan pengeluar utama industri automotif tempatan dan antarabangsa, pengusaha dan peniaga kereta, pembekal aksesori, penyedia perkhidmatan berkaitan kereta dan peminat automotif termasuk orang ramai dalam satu acara permotoran berorientasikan keluarga di Malaysia.
- KLIMS 2018 dijangka kembali menggegar dengan ruang pameran seluas lebih 50,000 meter persegi, dan disertai lebih 100 pempamer serta menarik lebih 350,000 pengunjung.
- Antara jenama terawal mengesahkan ruang pameran ialah Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M.
Sebarang maklumat lanjut mengenai KLIMS 2018, sila layari laman web KLIMS.com.my, atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di talian +603-7842 9863 dan e-mel [email protected]
Leave a Reply