CHEVRON Malaysia Limited sebentar tadi memperkenalkan barisan produk minyak pelincir motosikal Caltex Havoline generasi baharu tang terdiri daripada produk utama, Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, dan beberapa produk sintetik dan mineral lain untuk motosikal dan skuter.
Berikut adalah perincian mengenai produk minyak enjin motosikal Caltex Havoline generasi baharu ini:
1. APAKAH CALTEX HAVOLINE BAHARU?
Caltex Havoline baharu ialah produk minyak pelincir motosikal berasaskan Teknologi C.O.R.E. dan dibangunkan khas untuk keperluan tunggangan urban yang perlu berdepan situasi trafik sesak sepanjang masa tanpa mengira jentera baharu atau lama.
Selain teknologi C.O.R.E., Caltex Havoline turut membangunkan teknologi aditif, dipanggil ZOOMTECH untuk pelincir jenis semi-sintetik yang memapu mengoptimumkan hantaran kuasa.
2. PRODUK APA?
Ada dua kategori pelincir ditawarkan, dan salah satu daripadanya diformulasikan khas untuk motosikal jenis skuter:
HAVOLINE SUPER 4T
- Fully Synthetic SAE 5W-40 - BAHARU
- Semi-Synthetic dengan ZOOMTECH
- Mineral dengan ZOOMTECH
HAVOLINE SUPER MATIC 4T
- Semi-Synthetic
- Mineral
3. APAKAH TEKNOLOGI C.O.R.E.?
C.O.R.E. asasnya ialah ciri khas yang menjadi objektif pembangunan minyak pelincir Caltex Havoline, terdiri daripada singkatan akronim seperti berikut:
- [C]lean - (Bersih) - Membersihkan dan melindungi enjin untuk menghasilkan prestasi superior.
- [O]xidation - (Pengoksidaan) - Melindungi enjin akibat proses degradasi pelincir.
- [R]educe - (Mengurangkan) - Meminimumkan kerosakan akibat panas enjin menerusi kualiti kestabilan pelincir terbaik yang memberikan perlindungan berpanjangan.
- [E]nhance - (Peningkatan) - Meningkatkan pecutan menerusi cengkaman klac dipertingkat walaupun dalam beban tinggi.
4. APA PULA ZOOMTECH?
Teknologi ZOOMTECH ini pula ialah formula aditif baharu dibangunkan Caltex Havoline untuk minyak pelincir semi-sintetik dan mineral yang mampu menambah baik cengkaman klac (clutch grip) bagi mendapatkan hantaran kuasa optimum.
Ujian dilakukan ke atas Havoline Super 4T Semi-Synthetic menghasilkan keputusan 13 peratus lebih baik terhadap cengkaman klac dan peningkatan pecutan berbanding pelincir lama, Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40.
5. KEISTIMEWAAN FULLY SYNTHETIC BAHARU?
Pelincir sintetik penuh yang dibangunkan berasaskan teknologi C.O.R.E. ini sangat disarankan untuk motosikal prestasi tinggi, dan berkapasiti besar. Bagi menangani rev enjin tinggi dan tambahan haba, pelincir ini diformulakan menjadi 50 peratus lebih superior berbanding kestabilan pengoksidaan dalam standard industri, API SN. Jadi enjin mendapat lebih perlindungan daripada kerosakan panas enjin.
Ujian dilakukan ke atas produk pelincir Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 menunjukkan kestabilan pengoksidaan sebanyak 50 peratus bagi perlindungan panas enjin akibat degradasi pelincir.
6. TENTANG PELINCIR SKUTER?
Minyak pelincir Caltex Havoline untuk skuter pula dinaik taraf supaya dapat memenuhi standard industri API SN. Kini pemilik skuter dapat menikmati minyak enjin yang lebih baik menerusi produk Super Matic 4T sama ada pelincir semi-sintetik atau mineral.
Semua produk pelincir Super Matic 4T turut sesuai dengan ciri skuter moden Jepun yang menggunakan piawaian JASO MB. Pelincir jenis ini tiada masalah melindungi skuter dengan kotak gear klac kering yang mampu mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan enjin.
7. PEK PROMOSI
Sempena pelancarkan barisan produk baharu, Chevron Malaysia Limited menawarkan pek promosi istimewa buat pembeli pelincir baharu Caltex Havoline. Dengan setiap pembelian Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, atau Havoline Super 4T Semi-Synthetic 10W-40, pembeli akan menerima tuala mikrofiber 'Ride Strong' edisi terhad percuma.
Sebarang maklumat lanjut bnoleh layari Caltex.com/my.
Sharhan says
Susah nak mencari minyak hitam 4T fully synthetic di kawasan-kawasan bandar melaka, klebang, malim, taman merdeka, cheng, bukit baru dan ayer keroh.. Tolong hantar stok seberapa cepat!!!
Labu sayung says
Cari kat stesyen minyak jer bro...terjamin ori dan sentiasa ada stok
Pn. Su says
Apakah jenis myk itam yg ssuai tuk kncil(auto)..
Dzulkifli says
area kl caltex dekat mana ya