• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Tidak Dengar Amaran, Kereta Rookie Rali Dakar 2018 Tergolek dan Hancur

Padah Tidak Dengar Amaran, Kereta Rookie Rali Dakar 2018 Tergolek dan Hancur

January 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PESERTA rookie Dakar 2018 dari Amerika Syarikat (AS), Bryce Menzies dan rakan pelumba, Peter Mortensen perlu mengakui cabaran perlumbaan kali ini di Pisco dalam daerah Ica, Peru begitu kejam apabila terpaksa melupakan saingan peringkat kedua berikutan jentera Mini John Cooper Works Buggy (nombor 310) yang dipandu Menzies hancur selepas tergolek beberapa kali.

Mengakui insiden tersebut disebabkan kesilapannya, Menzies jelas kecewa sambil memberitahu dia sudah berulang kali disuruh rakannya, Mortensen supaya berhati-hati.

“Kami keluar laluan,  saya ingat cuma bonggol kecil. Kami terlanggar agak pantas hingga buat bahagian belakang kereta terangkat dan tergolek.

“Boleh dikatakan kereta tergolek tujuh atau lapan kali, dan Mortensen patah bahagian buku lali,” kata Menzies.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, Menzies nyata kesal dengan tindakan diambilnya sambil mengakui itu bukanlah cara baik untuk memulakan perlumbaan rali Dakar pertama mereka.

Menzies melalui perlumbaan hari kedua sebagai pemandu terbaik Mini X-raid, dan berada di kedudukan keempat keseluruhan, hanya 38 saat di belakang pelumba utama, yang juga juara Rali Dakar dua kali. Bagaimanapun, perjalanan yang baru berjarak dua kilometer pada peringkat kedua itu terpaksa ditamatkan akibat jentera buggy dipandunya musnah.

"Lima hari pertama dengan kereta pacuan roda depan, dan saya benar-benar bimbang tentang bukit pasir. Tetapi semalam membuktikan jentera itu mampu berfungsi baik.

“Namun, rasa teruja itu tidak kekal kerana lain pula jadinya hari ini. Saya patut dengar amaran rakan pelumba,” katanya penuh kesal.

Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (4)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (2)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (1)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (9)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (3)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (8)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (7)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (6)
Mini_John_Cooper_Works_Buggy_Dakar2018_pandulaju (5)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bryce Menzies, Dakar 2018, John Cooper Works, lumba rali, Mini, Mini John Cooper Works Buggy, motorsport, Peter Mortensen, rali, Rali Dakar, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev