• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik

Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik

January 8, 2018 By Aryon 3 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI 402S tampil di Pameran Motosikal Milan (EICMA) pada November 2017 sebagai jentera yang lain daripada lain. Sekilas pandang, memang buat kita teringatkan Ducati Diavel, tetapi 402S menurut Benelli memiliki prestasi lebih jinak kerana menggunakan enjin dwi silinder berkapasiti 400c.

Di atas kertas, 402S cuma berkuasa 39.4hp pada 9,000rpm dan tork 35Nm (7,000rpm) dengan transmisi klac basah 6-kelajuan. Sistem bahan api menggunakan suntikan terus dengan dua badan terotel (throttle body) bersaiz 37mm.

BACA >>> Inilah 5 Model Ducati Baharu Sempena 2018 + 1 Warna Baharu XDiavel S, Iceberg White

Posisi tunggangan gaya cruiser membolehkan jentera ini menempuh perjalanan dekat dan jauh dengan keselesaan optimum. Binaan casis daripada frem trellis dan dipadukan plat keluli yang menampung tangki minyak 16 liter. Tinggi pelana cuma 740mm, sangat sesuai ditunggang majoriti penunggang bersaiz Asia, dan tidak sukar bergerak dalam kesibukan kota.

benelli-402S-1
benelli-402S-2
benelli-402S-3
benelli-402S-4
benelli-402S-5
benelli-402S-6
benelli-402S-7

Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) 41mm dan gandar travel 125 mm, manakala lengan ayun menggalas monoshock atau absorber tunggal dengan travel 45 mm. Set roda menggunakan tayar 160/60 R17 di belakang, dan 120/70-R17 (depan), dan tugasan membrek diserahkan kepada dwi-brek cakera semi-apung bersaiz 260mm (depan) dan 240mm (belakang).

Menurut khabar dari negara jiran sana, Indonesia, Benelli 402S bakal tiba pada pertengahan Jun 2018. Pastinya harga akan jadi lebih mampu milik berbanding XDiavel.

Siapa sudah jatuh hati dengan sport-cruiser ini?

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli 402S, cruiser, motosikal, roda2, sport-cruiser

Comments

  1. Jais says

    January 9, 2018 at 11:42 PM

    Terbaikk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev