• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jazz Facelift (2018) UK Tambah Varian Sport Gaya Type-R, Harga RM92k

Honda Jazz Facelift (2018) UK Tambah Varian Sport Gaya Type-R, Harga RM92k

January 8, 2018 By Han Othman 1 Comment

722
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA UK mengumumkan harga dan spesifikasi untuk model Jazz (2018) versi dipertingkat (facelift) dengan harga bermula £14,115 (RM76,430).

Harga ditawarkan bermula model entri, iaitu varian S berenjin 4-silinder 1.3L petrol berkuasa 101hp, sama seperti enjin model tahun lalu dengan ciri standard seperti penyaman udara, kawalan jelajah dan lampu utama automatik. Varian SE (Special Edition) pula menawarkan rim aloi 15-inci, cermin panas dan sensor parkir depan dan belakang pada harga £15,615 (RM84,553).

Varian lebih premium, EX berharga £17,115 (RM92,675) yang menampilkan ciri masukan pintar, kawalan suhu, dan kamera undur bersama rim aloi 16-inci, lampu kabus depan dan lampu utama LED. Setahap lagi lebih premium ialah varian Jazz Sport, berharga £17,155 (RM92,892), iaitu £40 (RM216) lebih mahal berbanding EX. Namun, varian Sport dengan trim berasaskan SE, dibekalkan enjin 4-silinder 1.5L petrol berkuasa 128hp.

BACA >>> #PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

Tiada angka prestasi didedahkan Honda UK, tetapi  transmisi standard dijangka menggunakan kotak gear manual 6-kelajuan, dan automatik transmisi variabel berterusan (CVT) sebagai opsyen. Anggaran penggunaan bahan api ialah 52.3mpg atau 22.2km per liter untuk gabungan pemanduan bandar/urban dan pelepasan emisi CO2, 124g/km..

Jazz Sport turut diserikan spliter depan dan difuser belakang yang dikemaskan aksen merah diilhamkan Civic Type-R, lampu kabus depan, skirt sisi baharu, spoiler lid hatch dan rim aloi 16-inci hitam berkilat, termasuk lampu utama LED.

Ruang dalaman Jazz Sport diberikan perincian jalur jingga unik pada kerusi, termasuk sulaman jingga sekitar kabin, roda stereng kulit, dan tombol gear kulit.

SUMBER: AutoExpress

Related

722
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback segmen-B, Honda, Honda Jazz, Honda Jazz facelift (2018), Roda4, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev