• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vins Duecinquanta - Superbike 2-Lejang Gentian Karbon Ciptaan Jurutera Ferrari

Vins Duecinquanta - Superbike 2-Lejang Gentian Karbon Ciptaan Jurutera Ferrari

January 7, 2018 By Aryon 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia dua roda, apabila bercerita tentang kuasa besar dalam enjin kecil, memang sukar mahu berentap dengan jentera 2-lejang. Apa boleh buat, regulasi baharu pelepasan emisi yang dikuat kuasa banyak negara dunia membuatkan arkitektur enjin begitu terpaksa dilupakan.

Tetapi masih ada yang tidak mahu mengalah, sebuah syarikat motosikal yang baru ditubuhkan tampil memperkenalkan motosikal ultra-ringan berkapasiti 2-lejang, diberikan nama Vins Duecinquanta.

BACA >>> 5 Alasan Ini Mungkin Buatkan Anda Tidak Jadi Beli Superbike!

Motosikal itu, dipadukan enjin 2-lejang 249cc V-twin dengan casis monokok gentian karbon bersama suntikan bahan api elektronik. Berat pula cuma kurang 95kg. Walaupun tiada angka kuasa didedahkan, tetapi dengan berat sebegitu, jentera tersebut sudah hampir pasti cukup buas.

Jika masih tidak cukup ekstrem buat anda, Vins juga merancang memperkenalkan Duecinquanta Competizione, iaitu varian khas untuk tunggangan trek dengan kuasa lebih 80hp dan berat kurang 86kg, manakala kelajuan maksimum pula disasarkan pada 241kmj.

Gerun tak?

SENTUHAN BEKAS JURUTERA FERRARI

Vins-Duecinquanta-1
Vins-Duecinquanta-2
Vins-Duecinquanta-3
Vins-Duecinquanta-5
Vins-Duecinquanta-4
Vins-Duecinquanta-6

Vins, berpangkalan di Maranello, Itali, adalah cetusan ilham lima sepasukan yang saling berkenalan ketika masing-masing bekerja di Ferrari dalam jabatan rekabentuk dan kejuruteraan. Prototaip pertama ialah Powerlight berkapasiti 100cc yang diperkenalkan di Milan beberapa tahun lalu, yang juga dibina berasaskan casis monokok gentian karbon.

BACA >>> #RetroAuto: Logo Ferrari - Dulu Cuma Lukisan Pesawat Pejuang Askar Itali untuk 'Good Luck'

Harga pula masih mampu milik (bagi kategori superbike kategori premium), iaitu AS$48,000 (RM191,877) untuk model jalanan, dan AS$60,000 (RM239,846) untuk model trek. 

Persoalan paling utama sekarang adalah apakah enjin 2-lejang itu mampu melepasi regulasi emisi Eropah?

SUMBER: Road and Track

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2 lejang, Ferrari, motosikal, motosikal 2-lejang, roda2, superbike, superbike 2-lejang, Vins Duecinquanta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev