• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Ford Mustang Kini Dibuka

Tempahan Ford Mustang Kini Dibuka

June 28, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

EcoBoost

FORD membuka tempahan pra-pelancaran bagi model Mustang baharu yang bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 2.3L EcoBoost dan 5.0L V8.

HARGA:

  • Ford Mustang 2.3L EcoBoost - RM435,000 hingga RM450,000
  • Ford Mustang 5.0L V8 - RM550,000 hingga RM565,000

2015 Mustang Media Drive in L.A.6 PILIHAN WARNA MENARIK:

  • Putih (Oxford White)
  • Hitam (Shadow Black)
  • Biru (Deep Impact Blue)
  • Kelabu (Magnetic Grey)
  • Merah (Race Red).

Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) hanya ditawarkan untuk varian 5.0L V8 sahaja.

2015-Mustang-5.0-2PRESTASI

Ford Mustang ditawarkan dalam versi fastback dan convertible. Pelanggan boleh memilih antara enjin 5.0L V8 berkuasa 435hp dan tork setinggi 530Nm atau EcoBoost® bersesaran 2.3L dengan kuasa 310hp. Kedua-dua enjin tersebut turut dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

" Bagi varian fastback dengan enjin 2.3L EcoBoost, ia dianggap bersesuai dengan pasaran tempatan kerana mampu menawarkan kuasa dan prestasi yang diharapkan oleh pemandu Mustang. Pada masa sama memenuhi keperluan semasa yang mementingkan penjimatan bahan api,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Malaysia, Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy.

Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di AS, Mustang antara kereta paling popular di dunia dengan lebih 9 juta unit berjaya dijual sehingga kini. Ia benar-benar merevolusikan segmen kereta sports menerusi keunikan kombinasi rekabentuk tersendiri dan berprestasi tinggi.

2015-Mustang-5.0-1LUARAN

Dari aspek rekabentuk, Mustang generasi keenam itu masih mengekalkan penampilan yang maskular dan moden – dengan hud beralun yang panjang dan dek belakang pendek. Rekaan itu dikatakan lebih aerodinamik, sekali gus menambah baik aspek penjimatan bahan api dan prestasi.

Mustang Interior_3TEKNOLOGI TERKINI

Model ikonik itu turut menampilkan rangkaian teknologi yang mengagumkan. Justeru, ia dapat menawarkan pemandu dengan maklumat, kawalan dan ketersambungan yang lebih baik. Daripada sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin sehinggalah sistem ketersambungan SYNC2 Ford dan MyKey, para pemandu boleh memandu dengan bebas dan yakin.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my atau  www.facebook.com/FordMalaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kedudukan Mustang dalam budaya pop, layari www.youtube.com/FordMustang

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2.3L EcoBoost, 5.0L V8, Ford, Ford Mustang, Ford Mustang 2015, Ford Mustang generasi keenam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev