• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda BeAT eSP, Street eSP Indonesia Perkenal Rekaan Grafik Baharu

Honda BeAT eSP, Street eSP Indonesia Perkenal Rekaan Grafik Baharu

January 5, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT ASTRA Honda Motor (AHM), selaku pengedar rasmi motosikal Honda di Indonesia memulakan kalendar 2018 dengan pelancaran  Honda BeAT eSP dan Honda BeAT Street eSP rekaan baharu menerusi penampilan grafik moden yang menyerlahkan gaya aktif dan trend anak muda masa kini.

Honda BeAT eSP menyerlah rekaan gaya grafik berkonsepkan Styling Active dan Sport Fashion. Grafik jalur dinamik dan sisipan lencana logo di fairing depan mengukuhkan rekabentuk kompak skuter tersebut, manakala kombinasi dua warna berserta padanan grafik terkini memberikan kesan eksklusif tersendiri.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

Honda BeAT Street eSP pula tampil menawan menerusi gaya jalanan, khusus buat anak muda lasak dan menggemari aktiviti luar. Jalur baharu bersama semburan cat emas dipadukan dengan bar hendal naked, sekali gus memberikan penampilan berbeza. 

Honda BeAT eSP
Honda BeAT Street eSP

EKSPRESI ANAK MUDA

Pengarah Pemasaran AHM, Thomas Wijaya berkata, pengemaskinian itu adalah antara usaha AHM untuk terus memberikan pilihan rekaan yang mampu menemani dan memberikan ekspresi gaya generasi muda hari ini. 

“Honda BeAT bentuk ramping dan gaya trendy menjadi pilihan pengguna tempatan, dan pilihan strip terkini memenuhi keinginan anak muda yang ingin tampil aktif dan sporty. 

"Kami optimis rekaan ini akan menguatkan karakter dan gaya si pemilik dengan memberikan semangat sepanjang bekerja sehari-hari,” katanya.

SEDEKAD DI PASARAN

Sudah sedekad Honda BeAT menjadi jentera pilihan pencinta skuter Indonesia. Cekap bahan api dan dilengkapi ciri terbaik dalam kelas serta bersaiz kompak dilihat sepadan dengan postur penunggang Indonesia. Rekabentuk khas itu nyata mampu menggembirkan 13.2 juta pengguna di republik itu. 

Honda BeAT eSP dan Honda BeAT Street eSP dilengkapi enjin 110 eSP yang mampu memaksimumkan pembakaran secara efisien dan mengurangkan geseran. Kedua-dua model itu dilengkapkan penghidup ACG yang menjadikan enjin senyap ketika dihidupkan. 

BACA >>> Honda BeAT Baharu Kini Dengan Warna & Corak Baharu - Harga RM5,724

Tidak ketinggalan, Honda BeAT eSP turut dilengkapi ciri ISS (Idling Stop System) yang berfungsi mematikan enjin apabila berhenti lebih tiga saat, begitu berguna ketika berhenti di lampu isyarat kerana mampu menjadikan bahan bakar lebih jimat. Tangki minyak 4 liter mampu memberikan perjalanan hingga 236km.  

Ada lapan pilihan warna ditawarkan, manakala harga skuter itu bermula Rp15,175,000 (RM4,552 ) hingga Rp15,875,000 (RM4,762).  

GALERI

Honda BeAT Street eSP
Honda BeAT eSP

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AHM, Auto Terkini, Honda BeAT, Honda BeAT eSP, Honda Beat Street ESP, Indonesia, PT Astra Honda Motor, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my