• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 7 Soal-Jawab: Kenapa Cukai Jalan Sabah, Sarawak Murah Berbanding Semenanjung

7 Soal-Jawab: Kenapa Cukai Jalan Sabah, Sarawak Murah Berbanding Semenanjung

January 4, 2018 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MUNGKIN ada yang sudah tahu, tetapi masih ramai belum tahu kenapa bayaran cukai jalan atau juga dipanggil Lesen Kenderaan Motor (LKM) antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak berbeza?

Apakah perincian tentang jenis kereta dan bayaran yang dikenakan? Apakah pula alasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentang perbezaan bayaran yang agak ketara hingga menyebabkan seorang Datuk jutawan (atau mungkin ramai jutawan korup lain) sanggup melakukan pelbagai trik dan silap mata untuk mengelak membayar cukai jalan mahal.

Kami akan jawab segala kemusykilan anda secara soalan-jawapan, termasuk perbandingan berjadual bagi memudahkan pemahaman kita semua. Ingat, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!

1. Betul ke cukai jalan kereta antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak berbeza?

Ya, betul. Kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh. Perincian mengenai perbezaan itu jelas dinyatakan dalam Garis Panduan Pengiraan Kadar LKM Bagi Kenderaan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak (Pindaan Selepas Bajet 2009). Boleh buat rujukan dan ulang kaji di SINI.

2. Panjang sangat nak baca. Ringkaskan boleh?

Ok. Sekarang tidak perlu pening kepala. Rujuk saja jadual perbandingan di bawah ini pula:

* Kiraan kadar Pulau Langkawi dan Pangkor sama seperti Labuan, 50 peratus kadar LKM petrol Semenanjung.
* Jadual cuma memperincikan pemilikan kenderaan jenis persendirian dan syarikat.
* Bagi kadar 1000cc dan ke atas, ada tambahan sen bagi setiap sela cc, tetapi tidak dinyatakan dalam jadual di atas. Boleh rujuk butiran lengkap di SINI.

3. Maknanya cukai jalan di Sabah, Labuan dan Sarawak lebih murah daripada Semenanjung?

Ya, lebih kurang begitu. Tetapi tidak 100 peratus betul. Misalnya kenderaan di bawah 1000cc (jenis saloon ataupun bukan saloon) sama ada individu atau syarikat, dan seluruh Malaysia diberikan kadar rata (flat) RM20 sahaja.

4. Kenapa orang Sabah, Labuan dan Sarawak dapat kadar murah berbanding Semenanjung? Ini tidak adil!

Kereta di Sabah/Sarawak lebih mahal berbanding Semenanjung. Misalnya, Perodua Myvi Advanced di Sabah/Sarawak berharga RM57,300, tetapi Semenanjung, RM55,300. Beza harga RM2,000.

5. Tapi cukai jalan tu setiap tahun kena bayar. Myvi mahal tu sekali bayar saja!

Ambil contoh, kadar cukai jalan Myvi Advance (1.5L) di Semenanjung RM90, manakala Sabah/Sarawak RM72 dengan beza harga RM18/tahun. Kalau diimbal balik dengan beza harga kereta (RM2,000) dan cukai jalan (RM18/tahun), orang Sabah/Sarawak perlu ambil masa kira-kira 111 tahun untuk dapatkan semula beza RM2,000 daripada penjimatan RM18 setiap tahun.

6. Itu kereta saloon, tak ketara sangat. Tengoklah kadar kenderaan bukan saloon macam trak pikap, murah sampai separuh harga. Sebab?

Pertama, sama jawapan seperti di atas, iaitu sebagai imbal balik kerana harga kenderaan yang lebih mahal di Sabah/Sarawak. Kedua, penduduk biasa Sabah/Sarawak lebih memerlukan kenderaan jenis bukan saloon seperti trak pikap atas faktor geografi, infrastruktur dan tuntutan ekonomi.

Situasinya sama seperti kadar rata untuk kenderaan 1000cc ke bawah (RM20) kerana kenderaan dalam kategori itu turut dipandu orang berpendapatan rendah dan sederhana. Ini lebih kepada dasar Kerajaan.

7. Habis tu, macamlah jalan Semenanjung elok sangat nak caj cukai jalan mahal?

Soalan tidak relevan. Boleh bincangkan di kedai kopi. Next...

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cukai jalan, cukai jalan Sabah/Sarawak, Lesen Kenderaan Motor (LKM), LKM, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev