• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / G.T. 500CR Classic Shelby Mustang - Klasik Ikonik Diberikan Nafas Baharu

G.T. 500CR Classic Shelby Mustang - Klasik Ikonik Diberikan Nafas Baharu

January 1, 2018 By Han Othman 1 Comment

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IKON automotif dunia, Carroll Shelby sudah lama meninggal dunia, tetapi impak yang ditinggalkannya terus hidup menerusi rekaan-rekaan legenda dihasilkan mendiang. Ford Mustang Shelby misalnya adalah antara model yang dianggap terindah sepanjang zaman yang pernah wujud dalam dunia permotoran.

Terbaharu, pengasas Classic Recreation, Jason Engel yang berpangkalan di Oklahoma, menghasilkan G.T. 500CR Classic Shelby Mustang sebagai penghormatan kepada Ford Mustang Shelby G.T. 500 (1967-68). Selain jaminan ketulenan, setiap pembikinan model didatangkan bersama nombor siri yang disiapkan dimasukkan dalam daftar rasmi Shelby.

Menurut Engel, G.T. 500 adalah sebuah kereta sukar ditemui, paling dicari pengumpul kereta, dan tidak ramai orang memilikinya.

"Salah satu cabaran terbesar adalah menghasilkan kereta muscle gaya klasik, mengekalkan garis ikonik hebat yang asli, dan pada masa sama menggabungkan suspensi, rim dan keselesaan moden," katanya.

KEKALKAN ESTETIKA

Dalam proses pembikinan, model asal yang disumbangkan akan cuba mengekalkan estetika asal sebuah pony Shelby, dengan diberikan penambahbaikan dan komponen moden. Nadi utama kereta masih digerakkan enjin sama, diperoleh secara 'potong', iaitu 7.0L V8 berkuasa 545hp, manakala transmisi asal, manual 4-kelajuan digantikan versi baharu, manual 5-kelajuan Tremec.

Aspek prestasi sentiasa jadi keutamaan menerusi penggunaan suspensi gegelung, brek Baer, radiator aliran silang (crossflow) aluminium Be Cool, dan stereng rak dan pinan (rack and pinion). Tugasan menampung jasad Mustang ini digalas rim Shelby 427 dengan tayar Nitto.

SENSASI 60-AN

Ruang dalaman diberikan sentuhan moden dengan sensasi 60-an seperti roda stereng aluminium ira kayu, papan pemuka 1967 (yang ditandatangani Carroll Shelby), panel meter tandatangan Carroll Shelby, dan kerusi Carroll Shelby Scat Rally Series 1000 (dengan tali keledar 5-poin Camlock), sambil diserikan peranti GPS (opsyen), paparan DVD dengan skrin flip, amplifier 4-saluran dan pembesar suara sepaksi (coaxial) daripada Stillwater Designs, dan pemain CD Pioneer.

Hasilnya memang menakjubkan. Salah seorang pembeli Classic Recreations, Jeff Miller yang membeli G.T. 500CR berkata;

Saya dapat semua nostalgia G.T. 500 yang asli, dengan pengalaman pemanduan model Mustang terkini."

Berminat? Pembinaan setiap G.T. 500CR Classic Shelby Mustang mengambil masa 2,500 jam bekerja dengan harga bermula AS$169,900 (RM690,033). Pasti berbaloi jika anda peminat kereta klasik sejati.

GALERI

Related

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Ford, Ford Mustang Shelby, G.T. 500CR Classic Shelby Mustang, Roda4

Comments

  1. Belang Tarung says

    January 3, 2018 at 10:47 AM

    ni baharu real men use three pedals hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my