• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW Keluarkan Model M3, M4 M Heat Edition - Khas Pasaran Jepun Sahaja

BMW Keluarkan Model M3, M4 M Heat Edition - Khas Pasaran Jepun Sahaja

December 28, 2017 By Han Othman Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW melancarkan sedan M3 dan coupe M4 edisi khas baharu yang setiap satu cuma 15 unit dikeluarkan. Uniknya, dua model itu dihasilkan untuk pasaran Jepun sahaja.

Dipanggil M Heat Edition, model khas tersebut didatangkan dengan pakej Competition sebagai tambahan kepada komponen M Performance, membabitkan ciri tersendiri seperti spliter depan, difuser belakang dan penutup cermin yang diperbuat daripada gentian karbon. Ruang kabin pula dikemaskan dengan roda stereng berkulit Alcantara, pedal keluli tahan karat dan trim gentian karbon.

Kemasan luaran diserlahkan dengan warna istimewa, biru Tanzanite dengan rim aloi 20-inci dan lambang khas BMW.

BACA >>> Nilai Bidaan BMW Z8 (2000) Milik Mendiang Steve Jobs Cecah RM1.34 Juta!

EDITION SHADOW

Sementara itu, BMW memperkenalkan ahli famili baharu, M Sports Edition Shadow yang sebelum ini dilancarkan sebagai edisi khas. Tetapi kini model tersebut dimasukkan dalam barisan model biasa. Bersama famili sedan dan wagon 3 Series, model berkenaan bakal tampil dalam warna jingga istimewa, Sunset Orange, gril hitam, lampu gelap, rim 19-inci, dan kemasan kulit hitam dengan sulaman benang biru dan pedal keluli.

Harga pula kini jadi lebih mampu milik, bermula ¥5,330,000 (RM191,974) untuk model basis 318i dan ¥6,800,000 (RM244,920) untuk hibrid 330e iPerformance.

SUMBER: Car Scoops

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 3 Series, BMW, BMW M3, BMW M4, Coupe, Kereta, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my