• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Asal Usul Logo Ferrari yang Perlu Anda Tahu

#RetroAuto: Asal Usul Logo Ferrari yang Perlu Anda Tahu

December 28, 2017 By Han Othman 2 Comments

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ kuda yang digunakan dalam logo Ferrari asalnya dilukis pada fiuslaj sebuah jet pejuang milik Francesco Baracca, iaitu seorang tentera udara Itali yang turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama. Rahsia logo itu dikongsikan sendiri pengasas Scuderia Ferrari, Enzo Ferrari.

Menurut Enzo, pada 1923, beliau ada bertemu count Enrico Baracca, dan isterinya, countess Paulina, kedua-dua mereka ialah ibu bapa kepada Francesco. Dalam pertemuan itu, Paulina meminta Enzo meletakkan imej kuda hitam (yang meloncat sambil mengangkat kaki depan, atau prancing horse) pada kereta-kereta buatannya yang menurut isteri bangsawan itu sebagai azimat untuk mendapatkan nasib baik.

BACA >>> Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong

Imej kuda tersebut dari dulu hingga sekarang masih berwarna hitam, manakala latar kuning kenari di belakang ialah warna Modena, iaitu tempat kelahiran Enzo.

Francesco Baracca di sisi pesawat pejuangnya.
Enzo Ferrari (macam Mesut Ozil)

Pada 1932, perisai Ferrari muncul buat pertama kali pada kereta Alfa Romeo untuk pasukan lumba Scuderia di Grand Prix Spa di Belgium. Pada 1947 pula, model 125S, iaitu kereta pertama dihasilkan di Maranello, muncul dengan imej 'Prancing Horse' dengan latar kuning berserta bendera Itali (hijau-putih-merah) di atas.

Kemudian, logo tersebut tiada lagi dalam bentuk perisai berkotak, tetapi segitiga dengan huruf S dan F (Scuderia Ferrari) menggantikan ejaan penuh 'Ferrari'. Sejak itu, jenama Ferrari mula dilahirkan dan dikenali serta digunakan pada semua model kereta yang dihasilkan syarikat berkenaan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu

Ferrari 125S (1947)
Logo Ferrari dengan kuda, latar kuning dan bendera Itali.
Logo Ferrari tanpa perkataan 'FERRARI'.

Penjelasan lanjut boleh hayati video penerangan berdurasi 1:49 minit di bawah:

SUMBER: LogoDesignLove

Related

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Enzo Ferrari, Ferrari, Francesco Baracca, Itali, logo Ferrari, Retro Auto, Roda4, sejarah logo Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev