• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Flair Wagon (2018) yang Lebih Anggun dan Eksklusif

Mazda Flair Wagon (2018) yang Lebih Anggun dan Eksklusif

December 27, 2017 By Han Othman Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA memperkenalkan Flair Wagon dan Flair Wagon Custom Style di Jepun yang dijual di pasaran Negara Matahari Terbit itu Februari tahun ini.

Model berkenaan dibina berasaskan Suzuki Spacia dengan menampilkan rekabentuk yang lebih menonjol berbanding versi terdahulu. Model standard tampak seperti keicar konvensional, tetapi menurut Mazda, versi kali ini memiliki garis jaluran (beltline) tersendiri yang direka untuk menonjolkan ketebalan badan kereta.

Mazda-Flair-Wagon-2018-eksterior-2
Mazda-Flair-Wagon-2018-eksterior-3
Mazda-Flair-Wagon-2018-17
Mazda-Flair-Wagon-2018-eksterior-1

Antara dua model tersebut, Flair Wagon Custom Style adalah versi paling menarik kerana mengetengahkan rupa depan unik dengan gril besar yang diapit lampu utama LED. Model ini turut didatangkan dengan tambahan trim krom dan lampu kabus bulat.

BACA >>> Honda N-One Versi Kemas Kini Tampil Lebih Gaya, Moden

Rupa dalaman agak mendatar, terutama warna krim kerana cuma satu tona sekata digunakan. Pemandu dihidangkan panel spidometer bersaiz besar dengan paparan digital kecil, termasuk sistem infotainment, aksen metalik dan roda stereng sporty. Mazda juga mendakwa kabin model baharu ini lebih luas, dan turut menambah baik akses masuk dan keluar kereta bahagian penumpang.

Walaupun bersaiz kecil, Flair Wagon dilengkapkan dengan teknologi keselamatan terkini seperti sistem amaran perlanggaran, bantuan suluh tinggi dan sistem amaran tukar lorong.

OPSYEN ENJIN TURBO, AWD

Di bawah bonet terbenam enjin 660cc yang ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu varian basis dengan enjin aspirasi natural (NA) berkuasa 51hp, dan tork 60Nm, dan varian premium berenjin pengecasturbo bersama kuasa 63hp, dan tork 98Nm. Kedua-dua model dipadankan trenkuasa hibrid yang memuatkan motor elektrik berkuasa 2hp dan tork 50Nm. Semua trenkuasa tersebut dipadankan pula bersama transmisi variabel berterusan (CVT) yang membantu faktor ekonomi bahan api kereta supermini tersebut, yakni sejauh 30km/liter. Lebih menarik, selain ciri pacuan roda depan (FWD), Flair Wagon turut disediakan dalam pacuan semua roda (AWD).

Harga pula bermula ¥1,333,800 (RM48,110) bagi varian standard hingga ¥1,908,360 ($68,835) untuk varian paling premium, Flair Wagon Custom Style Hybrid XT. Oh, sebelum terlupa, model ini cuma ada dijual di Jepun sahaja.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Keicar, mazda, Mazda Flair Wagon, Mazda Flair Wagon Custom Style, Roda4, segmen A, supermini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev