• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Had Laju Kawasan Kediaman Cuma 30kmj

#Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Had Laju Kawasan Kediaman Cuma 30kmj

December 26, 2017 By Han Othman 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA memandu dalam kawasan kediaman penduduk, berapakah had laju yang sepatutnya anda pandu? Berdasarkan maklum balas orang awam dalam klip video di bawah, rata-rata berpendapat had laju di kawasan disebutkan adalah antara 40kmj dan 80kmj dengan purata kelajuan sekitar 50-70kmj.

Jadi, satu eksperimen sosial dilakukan Toyota Thailand dengan mensimulasikan semula situasi seperti jalan raya di kawasan kediaman penduduk.

Pertama sekali, paparan video menunjukkan jarak sejauh 8 meter dari titik mula brek hingga titik objek melintas, manakala lebar keseluruhan jalan ialah 7 meter atau 3.5 meter setiap lorong, sama seperti jarak sebenar jalan raya di kawasan kediaman.

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

Ketika kereta membrek kecemasan pada kelajuan 50kmj dari titik mula brek, jarak kereta berhenti sepenuhnya adalah 5.4 meter. Jadi, baki jarak yang tinggal sebelum kereta melanggar objek melintas ialah 2.6 meter. Nampak macam masuk akal dan logik pendapat responden.

Namun, apabila eksperimen sebenar dilakukan, apa yang terjadi adalah seperti dipaparkan dalam video berdurasi 02:33 minit di bawah ini:

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2017/12/videotomotif-thailand-kelajuan-kawasan-sempit.mp4

KENAPA PERLU 30KMJ?

Kesimpulannya, memang ada sebab kenapa kita masih dapat melihat papan tanda had laju 30kmj di kawasan kediaman, terutama di lokasi sekolah, dan tempat tumpuan ramai. Sebaliknya, kelajuan 60-70kmj adalah had laju standard di jalan raya persekutuan yang berada di luar kawasan kediaman penduduk. Sila bezakan!

BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

Ini kerana kawasan kediaman penduduk memerlukan pemandu memandu lebih fokus dan peka kerana berdepan pelbagai halangan tidak diduga yang berpotensi datang dari lorong-lorong kecil, celahan objek tepi jalan seperti pokok atau kenderaan diparkir, dan reaksi manusia, terutama kanak-kanak yang sukar dijangka. Jadi sila berhati-hati!

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, eksperimen sosial, had laju 30kmj, had laju kawasan kediaman, panduan keselamatan, Roda4, videotomotif

Comments

  1. shah says

    December 27, 2017 at 7:42 AM

    The best practice indeed...
    Good to be gazetted by Law...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev