SELEPAS menyempurnakan tugas menghasilkan barisan enjin 3-silinder yang patuh Euro4, MV Agusta kini beralih perhatian pula kepada platform 4-silinder. Namun, ketika enjin kecil sedang dibikin semula supaya dapat memenuhi syarat regulasi baharu di Eropah, MV Agusta mendakwa sudah pun siap membangunkan enjin 4-silinder untuk motosikal besar.
Kita boleh menjangka menyaksikan superbika F4 dan jentera naked 4-silinder baharu, Brutale, tetapi MV Agusta tidak mahu setakat berhenti di situ. Mesin berkapasiti besar, 4-silinder dengan tema Dragster RR pasti sudah terbayang dalam senarai, dan jika MV Agusta mahu meniru barisan 3-silinder, kita mungkin boleh berharap melihat kelibat jentera yang sama dengan sport tourer, Turismo Veloce dan Rivale.
BACA >>> MV Agusta F4 RC (2018) - Superbike Akhir Tidak Patuh Emisi Euro4, Masih Sah Atas Jalan
Sudah tentu sumber pembangunan terhad MV Agusta akan membataskan usaha pengeluar dari Itali itu melambakkan model-model baharu di pasaran secara serentak. Tetapi persoalannya, jentera manakah yang akan jadi model pertama? Ramalan kami, sudah tentu superbike legenda, F4 akan jadi pilihan utama.
MV Agusta mengesahkan model 4-silinder baharu akan muncul sebaik saja selesai proses pembelian 25 peratus kepentingan dalam Mercedes AMG. MV Holding, firma bersama dimiliki Giovanni Castiglioni dan keluarga Sardarov dari Rusia kini ialah pemilik penuh MV Agusta S.p.A.
SUMBER: Visor Down
Leave a Reply