• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 4S Peugeot Baharu Di Kajang

Pusat 4S Peugeot Baharu Di Kajang

June 17, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Peugeot KajangNAMPAKNYA Nasim Sdn Bhd semakin agresif mendekati pelanggannya menerusi pelancaran pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat) Peugeot di Kajang yang juga pusat servis keempat dilancarkan pada tahun ini.

Menelan kos pelaburan sebanyak RM2.5 juta, pusat 4S Peugeot Kajang dibawah pengurusan MN Otomobil Sdn Bhd itu bakal memberikan perkhidmatan selepas jualan lebih baik terutamanya di kawasan bandar Baru Bangi, Beranang, Hulu Langat Semenyih, Seri Kembangan, UKM Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Peugeot Kajang 3Pusat 4S Peugeot Kajang yang dibina atas tapak berkeluasan 12,000 kaki persegi itu menyediakan 13 ruangan servis yang mampu menyenggara sehingga 30 unit kenderaan sehari.

Sehingga kini, Nasim memiliki 43 pusat jualan di mana 18 daripadanya terletak di Lembah Klang.

Sementara itu, Nasim bakal buka tiga lagi pusat servis pada tahun ini selain menyasarkan penjualan sebanyak 4,200 unit kenderaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Samson Anand George, Kajang, Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Pusat 4S Peugeot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev