• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jom 'Test Power' Pulsar NS200, RS200 dalam Trek, Sabtu Ini! Ada Nasib, Menang Motor Beb!

Jom 'Test Power' Pulsar NS200, RS200 dalam Trek, Sabtu Ini! Ada Nasib, Menang Motor Beb!

December 20, 2017 By ZY Leave a Comment

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ragu-ragu dengan kebolehan jentera besar terbaharu Modenas, Pulsar NS200 dan RS200?

Nah, 23 Disember nanti, iaitu Sabtu ini adalah peluang terbaik kepada anda yang mahu merasai sendiri kehebatan dua model Modenas tersebut, termasuk berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah Pulsar NS200! Wow!

Pada tarikh tersebut, Modenas bakal menganjurkan program 'Pulsar Power 2017' bertempat di Litar Speedway Plus. Jika belum pernah ke sini, litar itu cuma bersebelahan ruang USJ Rest & Service Area di Lebuhraya ELITE arah selatan. Paling penting motosikal disediakan Modenas!

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Berani Kata Pulsar NS200 Motor 'Cikai', Wajib Tonton Video Ini!!!

Menariknya, sesi tunggang uji ini dibahagikan kepada tiga acara utama seperti berikut:

  • Power Time Attack - Peserta diberi satu out-lap, satu flying lap, satu in-lap dan catatan masa mengikut transponder disediakan. Slot terhad kepada 250 peserta pertama.
  • Power Test Ride - Peserta diberikan sekali percubaan, 2 lap 10 minit untuk menguji kuasa, pengendalian dan prestasi brek. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.
  • Power Corner - Aktiviti figure 8 dengan objektif sagat lutut atau 'drag knee' semasa cornering. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.

Bagi semua sesi di atas, peserta wajib bawa sendiri sut menunggang seperti helmet, sarung tangan, jeans dan jaket. Jika ada sut penuh dan kelengkapan menunggang (riding gear), elok saja dibawa bersama. Cuma acara Power Corner sahaja pad lutut disediakan.

Kepada mereka yang tidak mahu menunggang uji, dan hanya ingin bersama keluarga menonton acara disediakan, Modenas turut mengadakan aktiviti lain seperti:

  • Reruai daftar masuk untuk sesi tunggang uji.
  • Baucar makanan dan kemeja-T percuma, trak makanan pilihan Chef Wan.
  • Pendaftaran cabutan bertuah, hadiah utama - sebuah Pulsar NS200.
  • Pameran dan jualan Pulsar NS200 dan RS200.
  • Taklimat video keselamatan.
  • Penyenggaraan dan pemeriksaan percuma untuk 200 pemilik Modenas pertama yang hadir.

Acara bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, tetapi mungkin anda perlu datang awal jika tidak mahu terlepas peluang menyaksikan atau menyertai sesi tunggang uji. Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi segera laman web rasmi Modenas Pulsar Power DI SINI. 

Jumpa di sana. Jangan kata kami tak habaq pula nooo!

Related

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: litar speedway, Modenas, modenas pulsar power, pulsar ns200, pulsar power, pulsar rs200, test ride

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev