• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ahmad Fazrul Terus Aksi Cemerlang Di Melaka

Ahmad Fazrul Terus Aksi Cemerlang Di Melaka

June 17, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Podium CP130TANPA meletakkan harapan tinggi, Ahmad Fazrul Sham sekali lagi berjaya menjuarai perlumbaan kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS ke-5 yang berakhir di Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka.

Pelumba Yamalube AHM itu berjaya bergelar juara bagi dua pusingan berturut-turut dan tampil konsisten untuk meraih kemenangan keduanya setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan di kedudukan pertama dengan masa 14'51.226s.

" Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap jurutera pasukan untuk menyediakan jentera terbaik dan tidak menyangka dapat memenangi perlumbaan buat kali kedua berturut-turut.

" Pada masa sama, saya tidak hanya bergantung kepada pasukan dan jentera dan cuba bekerja keras untuk mencari keserasian dengan jentera Yamaha setelah beralih dari Honda yang digunakan pada musim lepas," jelasnya.

from left, Ahmad Fazrul, Afif and AffendiMenerusi kemenangan itu, Fazrul berjaya merampas semula kedudukan pendahulu daripada abangnya, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan mengumpul 70 mata manakala Fazli dengan 64 mata. Tempat ketiga pula milik Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dengan 60 mata.

Kejuaraan Cub Prix pusingan ke-6 bakal bersambung selepas bulan Ramadan dan Raya iaitu pada 15 hingga 16 Ogos 2015.

Ahmad Fazrul in actionKEPUTUSAN

CP130

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 14'51.226s
  2. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14'53.095s
  3. Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14'55.306s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 70 mata
  2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 64 mata
  3. Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 60 mata

ANUGERAH BERPASUKAN

  1. PETRONAS Yamaha Maju Motor 139 mata
  2. Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 120 mata
  3. PETRONAS Yamaha-CKJ 108 mata

CP115

  1. Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 12'39.403s
  2. Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) 12'41.063s
  3. Mohd Izzat zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 12'44.843s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 95 mata
  2. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) 86 mata
  3. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) 49 mata

ANUGERAH BERPASUKAN

  1. Motul Yamaha YY Pang 131 mata
  2. PETRONAS Yamaha Maju Motor 108 mata
  3. PETRONAS Yamaha CKJ 82 mata

WIRA

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 11'23.222s
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 11'27.714s
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 11'27.864s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 120 mata
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 73 mata
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 54 mata

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ahmad Fazrul Sham, CUB PRIX, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015, Melaka, Petronas, Yamalube AHM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev