• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

December 15, 2017 By Abang GYL 10 Comments

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda CBR250RR 2017KAMI yakin ramai yang ternanti-nantikan kehadiran Honda CBR250RR ke Malaysia. Dalam artikel terdahulu, kami juga menyatakan jentera ini kemungkinan besar akan masuk ke pasaran tempatan tahun depan. Begitu juga dengan harga jualan yang kemungkinan agak 'keras' jika dibandingkan pasaran Indonesia dan Jepun

Terbaharu, kami bertanya sendiri kepada Naib Pengerusi dan Naib Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing mengenai perkembangan terkini Honda CBR250RR.

Honda CBR250RR 2017Menurutnya, kelewatan Honda CBR250RR ke pasaran Malaysia disebabkan jentera dibangunkan itu tidak memenuhi standard spesifikasi Euro 4.

Hui Jing turut menjelaskan permohonan sudahpun dibuat kepada Honda Jepun bagi membenarkan Honda CBR250RR masuk ke pasaran Malaysia.

" Berdasarkan undang-undang atau syarat yang ditetapkan, setiap motosikal yang dibawa masuk ke Malaysia perlulah memenuhi standard spesifikasi Euro 4.

" Sebaik saja ia melepasi syarat ditetapkan, kami akan berusaha untuk membawa masuk ke Malaysia.

" Ini juga bergantung kepada harga. Jika harga jualan terlalu mahal, kemungkinan besar kami hanya bawa masuk unit terhad saja. Apa-apapun, kita hanya tunggu masa yang sesuai," tambahnya lagi.

BACA >>> Boon Siew Honda Kembali Mengganas - Bakal Lancar 10 Model Sepanjang 2018

Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017 Racing Red
Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017 Racing Red
Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017 Racing Red

ENJIN 250CC

Sebagai makluman, pasaran Indonesia menjadi negara pertama yang memperkenalkan Honda CBR250RR dan diikuti oleh Jepun.

Aspek mekanikal, Honda CBR250RR dipadankan enjin penyejukan cecair 4-injab DOHC bersesaran 249.7cc.

Dengan kelajuan maksimum 170kmj, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 36.3hp pada 12,500rpm dan tork 22.5Nm (10,500rpm).

Untuk pengalaman tunggangan lebih menyeronokkan, Honda CBR250RR turut didatangkan dengan tiga mod pilihan iaitu Sport, Comfort dan Sport+.

Bagi yang masih ternanti-nanti Honda CBR250RR ke pasaran Malaysia, harap bertenang dan bersabar!

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, cbr250rr malaysia, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing, harga cbr250rr, harga honda cbr250rr malaysia, Honda CBR250RR, Honda CBR250RR Malaysia, jawpaan boon siew honda

Comments

  1. EL says

    April 25, 2018 at 12:43 PM

    2018 : PDRM YANG PERTAMA GUNAKAN CBR250RR..., 2 ke 3 hari lepas nampak 20 BIJI CBR250RR SET PUTIH atas lori..Mmg tebaik, nampak depan mata..

    Reply
    • Veliene says

      April 26, 2018 at 7:16 PM

      tahun ni ada keluar x? dh byk lama...

      Reply
    • Datu says

      June 20, 2018 at 10:46 PM

      Da sampai ke malaysia ke??lum nampak lagi

      Reply
  2. Cannon Lim says

    May 19, 2018 at 5:33 PM

    I have so long waiting the CBR250RR Lau Choon Malaysian, pls advise the date of launching.

    Reply
  3. Datu says

    June 20, 2018 at 10:48 PM

    Da sampai ke malaysia ke??lum nampak lagi

    Reply
  4. wan says

    September 17, 2019 at 11:48 AM

    dah lama tunggu cbr250rr .. last2 terbeli yamaha R25 hahaha

    Reply
  5. Anuar says

    November 3, 2019 at 7:37 AM

    Lama dah tggu jentera jahat tapi mesra nie masuk malaysia....mmg tk beli jentera lain sbb tggu yg nie...harap pihak honda malaysia mampu buat masuk....klu indonesia boleh kenapa kita tidak..

    Reply
    • iskandar says

      February 21, 2020 at 1:36 AM

      sama la lama sgt tgu..duit da standby deposit..klo lama sgt confirm cash terus

      Reply
  6. mat seraf says

    December 13, 2019 at 9:37 AM

    aku dh bawak moto ni waktu bcuti di .. mmg padu weyyy bedesupppp.. stakat r25 y15 balik awalll lah klu standard.

    Reply
  7. johny franco disosa says

    January 28, 2020 at 12:00 PM

    nak menyedap skit pon xbleh. pantang org terkinja2 tros nk mahal.sampai bila nk pakai kapcai je bg la kami2 ni merasa asik tgk org je kan kan kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev