SIME Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan Porsche Macan SportDesign Series Edisi Terhad. Hanya ada 40 unit di Malaysia, dan model ini hadir dengan penampilan lebih menarik dan sporty.
HARGA
- Porsche Macan SportDesign Series Edisi Terhad - RM545,000
2 PILIHAN WARNA MENARIK
- Volcano Grey Metallic
- Carrara White Metallic
PENAMPILAN LEBIH GARANG
Penampilan Porsche Macan SportDesign Series Edisi Terhad hadir bersama beberapa ciri menarik yang tampak lebih sporty dan agresif. Antaranya, lampu LED dengan teknologi Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS+), ekzos hitam, skirt sisi dan rel bumbung.
Lebih tampak garang, ruang roda dihiasi rim aloi 21-inci dengan dua pilihan rekaan, Sport Classic dan 911 Turbo berwarna hitam, manakala ruang kabin pula dipadankan kemasan kerusi kulit merah.
BACA >>> Porsche Macan GTS Lebih Macho & Berkuasa - Harga RM710,000 Sahaja!
ENJIN KEKAL SAMA - 2.0L TURBO
Aspek mekanikal, Porsche Macan SportDesign Series Edisi Terhad masih mengekalkan enjin sama seperti model Macan sedia ada yang bersesaran 2.0L turbo. Hasil bantuan kotak gear automatik 7-kelajuan PDK, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mampu menghasilkan kuasa 250hp pada 5,000 - 6,800rpm dan tork 370Nm (1,600 - 4,500rpm).
Pecutan 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 6.7 saat dengan kelajuan maksimum mencapai 229kmj.
Untuk ketenangan minda, Porsche Macan SportDesign Series Edisi Terhad hadir bersama waranti empat tahun bersama pakej penyenggaraan percuma.
BACA >>> Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition - 3.6L V6 Turbo, 440hp
Leave a Reply