JIKA anda sedang tercari-cari kereta di bawah RM85,000 dan pada masa sama mahukan enjin turbo, Volkswagen Vento 1.2L TSI adalah pilihan terbaik.
Kenapa Vento? Bukankah harga Volkswagen Vento 1.2L TSI RM93,888? Jangan risau, kami akan kupaskan lima sebab kenapa anda perlu memilih Volkswagen Vento.
1. HARGA TAK MASUK AKAL
Ya, atas kertas Volkswagen Vento 1.2L TSI sememangnya dijual pada harga RM93,888. Tetapi jika anda membuat pembelian sebelum 31 Disember 2017, diskaun RM10,000 akan diberikan menerusi promosi Volkswagen Sedanza. Selepas diskaun, anda kini boleh mendapatkan Volkswagen Vento 1.2L TSI pada harga RM83,888.
Begitu juga dengan Vento 1.6L. Harga asal RM86,888, tetapi selepas diskaun jika membeli sebelum 31 Disember, ia hanyalah RM76,888. Ini memang betul-betul 'harga tak masuk akal'.
2. SERVIS PERCUMA - TAK PAYAH BAYAR APA-APA!
Bukan itu saja, anda juga diberikan servis percuma selama lima tahun. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma! Memang berbaloi laa…
BACA >>> Kempen Volkswagen Sedanza - 5 Tahun Servis Percuma, Rebat Tunai RM15k!
3. ENJIN TURBO BEB!
Volkswagen Vento 1.2L dipadankan ‘jantung’ bersesaran TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api. Dengan bantuan kotak gear DSG 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 103hp dan tork 175Nm.
Kami juga sudah pandu uji dan ternyata Vento 1.2L TSI ini memang sedap dipandu. Setakat 180kmj, dengan mudah ia boleh dicapai. Begitu juga dengan tork yang bertindak seawal 1,750rpm.
Selain itu, pujian juga harus diberikan pada Volkswagen Vento apabila ia menawarkan tahap pengendalian lebih baik. Biarpun memandu dalam kelajuan 90kmj di kawasan selekoh, kestabilan Vento jelas terasa. Ruangan roda juga bekerja dengan baik apabila memberikan cengkaman baik.
4. JIMAT MINYAK
Biarpun hadir dengan enjin turbo yakni TSI, penggunaan bahan api bagi Vento cukup menjimatkan. Atas kertas, Vento TSI mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 5.5L per 100km.
5. WARANTI 5 TAHUN
Jika sebelum ini ramai risau dengan harga alat ganti yang terlalu mahal, kini anda tidak lagi perlu takut. Volkswagen Vento kini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jadi, apa nak risau lagi?
BACA >>> Kurang 20 Minit, Kesemua 12 Unit Volkswagen Beetle Edisi Terhad Habis Dijual Di Lazada!
KESIMPULAN
Antara Volkswagen Vento 1.2L TSI dan Vento 1.6L MPI, dua-duanya adalah pilihan terbaik. Secara peribadi, saya akan pilih Volkswagen Vento 1.2L TSI. Kenapa? Ini kerana saya sukakan kelajuan. Kuasa tujahan diberikan oleh Vento 1.2L berjaya pikat hati saya.
Jika anda kekurangan bajet, Vento 1.6L juga salah satu pilihan bijak. Cuma kalau ada bajet lebih, apa salahnya pilih lebih baik iaitu Vento 1.2L TSI.
Apa-apapun, tangan di pilihan anda. Sebelum membuat pilihan, saya syorkan anda pandu uji dulu Volkswagen Vento di mana-mana bilik pameran Volkswagen berdekatan. Atau tonton video reviu kami di bawah.
GALERI
Leave a Reply