• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

#TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

December 13, 2017 By Azhan O 5 Comments

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MCLAREN baru-baru ini melancarkan supercar baharu, diberikan nama Senna, yang khabarnya tidak sesuai dipandu atas jalan raya biasa walaupun memenuhi spesifikasi jalanan. Tahukah anda pemilihan nama Senna itu adalah sempena memperingati legenda juara tiga kali Formula Satu (F1), Ayrton Senna.

Model itu, yang dijual pada harga £750,000 (RM4.08 juta), khabarnya sudah habis ditempah walaupun belum pernah tampil secara nyata kepada 499 bakal pembelinya (cuma 500 unit dihasilkan). Lebih istimewa, unit ke-500, dan juga terakhir, dilelongkan pada harga £2 juta (10.87 juta) yang mana sejumlah keuntungan jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Ayrton Senna (ASF).

BACA >>> McLaren Senna - Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)

Model tersebut dilelong sempena acara McLaren Winter Ball di ibu pejabat firma itu di Woking, England, dan nilai keuntungan daripada harga jualan sebenar akan dihulurkan kepada ASF yang ditubuhkan kakak Senna untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di negara-negara membangun.

BUKAN YANG PERTAMA

Sebenarnya, Senna bukanlah kereta pertama yang dinamakan sempena pelumba terkenal dunia. McLaren sendiri pernah menghasilkan speedster edisi Stirling Moss bagi model Mercedes SLR. Bugatti pula menggunakan nama pelumba Perancis, Pierre Veyron (1930-50-an) yang kebetulan memandu jentera Bugatti, Type 37A ketika meraih kejuaraan pertamanya di Grand Prix Geneva (1930).

BACA >>> Brazil Tayang Muzikal Memperingati Legenda F1, Mendiang Ayrton Senna

LOUIS CHIRON
BUGATTI CHIRON

Chiron pula dinamakan Bugatti sempena legenda F1 era 1950-an, Louis Chiron (gambar atas) yang juga pelumba tertua pernah bersaing dalam F1. Beliau berusia 55 tahun ketika berlumba dalam GP Monaco (1955) dengan meraih tempat ke-6 keseluruhan. Nama pengeluar dari Britain, Ascari Cars pula diambil daripada nama juara F1 pertama yang merangkul kejuaraan tersebut sebanyak dua kali (1952, 1953), iaitu Alberto Ascari dari Itali.

Lagi pemenang F1 dua kali (1972, 1974), Emerson Fittipaldi baru-baru ini melancarkan supercar jenama sendiri, Fittipaldi EF7, manakala nama Pagani Zonda berasal daripada pelumba Argentina, Juan Manuel Fangio yang memenangi F1 sebanyak 5 kali.

Bayangkan salah seorang legenda F1 pada masa akan datang adalah dari Malaysia, namanya Hamid (contoh). Mungkin saja kita akan menyaksikan debut McLaren Hamid! Wow, boleh tahan sedap juga.

TENTANG SENNA

ayrton-senna-crash
ayrton-senna-william-renault
ayrton-senna

Ayrton Senna ialah pelumba dari Brazil yang menjuarai kejuaraan F1 bersama pasukan McLaren pada 1988, 1990 dan 1991. Beliau maut ketika sedang mendahului saingan di GP San Marino pada 1 Mei 1994 apabila jentera dipandunya terbabas dan menghentam tembok konkrit dalam saingan kelayakan.

Bagaimanapun, mendiang pada tahun itu tidak lagi bersama McLaren, sebaliknya menyertai pasukan Williams Renault dan pernah beberapa kali mengadu tidak selesa dengan jentera dipandunya.

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Ayrton Senna, F1, Formula Satu (F1), McLaren Senna, Roda4, Supercar, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev