KURANG 20 minit, kesemua 12 unit Volkswagen Beetle Edisi Terhad habis dijual menerusi aplikasi atas talian, Lazada.
Menurut Volkswagen, unit pertama Beetle Edisi Terhad dijual pada saat ke-26 selepas bermulanya kempen 'Online Revolution Lazada' tepat pada 12 tengah malam, 12 Disember 2017.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) juga menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang menjual kenderaan secara atas talian, Lazada.
Bagi anda tidak ketahui, Volkswagen Beetle Edisi Terhad itu hanya dikeluarkan sebanyak 12 unit saja di mana ia hadir dalam dua tema rekaan menarik iaitu Herbie 53 (putih & putih perak) dan Hot Bug (merah).
Ia dijual pada harga RM112,112, iaitu RM24,776 lebih murah daripada model Beetle sedia ada.
Syabas VPCM!
BACA >>> Inilah Peluang Dapatkan Volkswagen Beetle Edisi Terhad di Lazada - Cuma 12 Unit di Malaysia!
Leave a Reply