• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Proton Taja Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014

BERITA AUTO: Proton Taja Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014

April 22, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

PIC 1

PIC 2

PENGELUAR kenderaan nasional, Proton menjadi penaja utama dalam pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 - Sektor Teknologi Automotif sempena Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Utara, anjuran Kementerian Sumber Manusia. Seramai 122 belia menyertai pertandingan itu yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Kedah dan dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Diilhamkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pertandingan dianjurkan untuk mengasah dan mengetengahkan bakat generasi muda serta belia dalam pelbagai bidang kemahiran industri dan membina modal insan negara.

Peserta diuji berdasarkan kemahiran dan prestasi mengendalikan enjin Campro IAFM+ serta dikehendaki menggunakan Proton Advance Diagnostic Tools (PADT) untuk mengenal pasti komponen perlu diganti, termasuk melakukan rombak rawat (overhaul) ke atas enjin. Pusingan akhir, peserta perlu menunjukkan kebolehan menala enjin petrol, memperbaiki sistem brek, transmisi automatik, dan mengendalikan sistem suspensi, elektrik dan stereng kenderaan.

Pemenang berpeluang menyertai peringkat akhir yang bakal berlangsung di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam, Selangor, September depan. Pemenang tempat pertama di peringkat akhir pula bakal bertanding peringkat ASEAN Skills Competition atau World Skills Competition di Hanoi, Vietnam, Oktober hadapan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Utara, Kemahiran Malaysia 2014, Kementerian Sumber Manusia, Proton, Proton Holding

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev