KAWASAKI menghasilkan sportbike suku liter pada 1983 menerusi Ninja 250 dan jentera itu kekal tidak berubah hingga 2008 apabila pengeluar motosikal dari Jepun itu melancarkan rekabentuk semula model aras permulaan itu. Dengan tekanan diberikan Honda CBR250R (2011), Kawasaki melakukan langkah berani dengan memperkenalkan Ninja 300 pada 2013 yang kemudian disusuli Honda menerusi CBR300R pada 2015.
Menjelang 2018, Kawasaki sekali lagi memalukan gendang perang apabila mengumumkan kehadiran Ninja 400, sebagai edisi sport baharu dalam famili Ninja yang terdiri daripada Ninja 1000 dan Ninja 650, termasuk sepupu supersport dalam famili sama seperti Ninja ZX-14R, ZX-10R dan ZX-6R.
BACA >>> Lakaran Asal Kawasaki Ninja 250/400 Didedahkan, Rekaan Ninja H2 Turut Jadi Ilham!
Tanpa berlengah lagi, artikel fakta pantas kali ini akan mendedahkan 13 perincian padat dan ringkas mengenai Ninja 400 yang baru saja ditayangkan di Pameran Motosikal New York City, baru-baru ini:
1. Ninja 400 dikuasakan enjin 399cc parallel-twin dengan gerek, 70mm dan lejang, 51.8mm. Enjin tersebut dibina daripada komponen ringan untuk mengekal berat kerb jentera serendah 168kg, bersama nisbah mampatan 11.5:1 dan sistem penyejukan yang dikemaskini sepenuhnya.
2. Pada berat 168kg, Ninja 400 hampir 9kg lebih ringan berbanding Ninja 300. Kuasa maksimum ialah 44.3hp pada 10,000rpm dan tork 38Nm (8,000rpm)
3. Didatangkan dalam transmisi 6-kelajuan dengan paten gear nisbah-rapat dan klac sliper. Menurut Kawasaki, tuil klac kini lebih ringan.
4. Bagi pengendalian terbaik, Ninja 400 memiliki jarak roda 1,370mm, hampir seinci lebih pendek berbanding Ninja 300 yang ditamatkan pengeluaran. Lengan ayun aluminium juga dipanjangkan untuk menambah baik pengendalian.
5. Ninja 400 memiliki fork teleskopik besar 41mm dengan ciri boleh laras 5-tetapan. Keseluruhan sistem suspensi sportbike ini menawarkan ciri yang dimiliki jentera bersesaran besar.
6. Tugas menghentikan Ninja 400 digalas cakera petal tunggal 310mm di depan yang dicengkam kaliper dwi-piston, dan cakera petal tunggal 220mm (belakang) dengan kaliper dwi-piston. Ciri ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) ialah standard.
7. Rim lima jejari menyumbang kepada fizikal ringan, dan direka menggunakan teknologi superbike dunia. Setiap rim dibalut tayar 110/70R17 (depan) dan 150/60R17 (belakang).
8. Ergonomik Ninja direka lebih agresif yang berorientasi tunggangan sport. Bar hendal dinaikkan, manakala posisi peg kaki dianjakkan lebih ke hadapan untuk membolehkan penunggang mengawal jentera, termasuk memberikan keselesaan menunggang.
9. Badan Ninja 400 direka semula sepenuhnya yang mengambil inspirasi daripada saudara-saudara tua lain. Rekaan fairing memberikan lebih perlindungan, manakala penutup kipas radiator baru yang terletak di sebalik radiator, berfungsi menyahkeluarkan udara panas menerusi sisi sebelah penunggang, sekali gus mengurangkan ketidakselesaan penunggang.
10. Seperti Ninja 300, kapasiti petrol kekal 14 liter dengan anggaran penggunaan bahan api sekitar 65mpg (batu per gelen) atau 27.6km per liter.
11. Tinggi pelana juga masih kekal sama seperti Ninja 300, iaitu 785mm.
BACA >>> #TMS2017: Kawasaki Dedah Sportbike untuk Novis - Ninja 400
12. Ninja 400 menampilkan takometer analog yang diapit lampu amaran di sebelah kanan, indikator posisi gear, dan skrin LCD paparan negatif multifungsi di sebelah kiri. Selain spidometer digital dan indikator posisi gear, fungsi paparan turut memaparkan: odometer, dwi meter trip, jarak baki perjalanan, anggaran penggunaan bahan api purata dan semasa, suhu luaran, suhu coolant, jam, dan indikator tunggangan ekonomi berasaskan cara tunggangan.
13. Ninja 400 dijual bermula harga basis AS$4,999 (RM20,401), dan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna:
- Ninja 400 – Metallic Spark Black, AS$4,999 (RM20,401)
- Ninja 400 – Candy Plasma Blue, AS$4,999 (RM20,401)
- Ninja 400 ABS – Metallic Spark Black, AS$5,299 (RM21,625)
- Ninja 400 ABS – Candy Plasma Blue, AS$5,299 (RM21,625)
- Ninja 400 ABS KRT – Lime Green/Ebony, AS$5,499 (RM22,442)
- Ninja 400 ABS SE – a Pearl Solar Yellow/Pearl Storm Grey/Ebony, AS$5,499 (RM22,442)
SPESIFIKASI
KAWASAKI NINJA 400 (2018)
ENJIN: 4-lejang Parallel-Twin, 2-silinder, DOHC 8-injap, penyejukan cecair
SESARAN: 399cc
KUASA MAKSIMUM: 44.3hp@10,000rpm
TORK MAKSIMUM: 38Nm@8,000rpm
GEREK x LEJANG: 70mm x 51.8mm
NISBAH MAMPATAN: 11.5:1
SISTEM BAHAN API: DFI® dengan badan terotel 32mm
PENCUCUHAN: TCBI dengan digital termaju
TRANSMISI: 6-speed, anjakan balik
PACUAN FINAL: Sealed Chain
BANTUAN TUNGGANGAN ELEKTRONIK: ABS
CASIS
JENIS FREM: Trellis, keluli ketegangan tinggi
SUSPENSI DEPAN / TRAVEL RODA: Fork teleskopik 41mm / 120mm
SUSPENSI BELAKANG / TRAVEL RODA: Bottom-link Uni-Trak®, lengan ayun boleh laras prabeban / 130mm
TAYAR: 110/70R17 (depan); 150/60R17 (belakang)
BREK: Cakera petal tunggal 310mm semi-apungan dengan kaliper dwi-piston (depan); Cakera petal tunggal 220mm dengan kaliper dwi-piston (belakang)
DIMENSI & KAPASITI
PANJANG: 1,990mm
LEBAR: 710mm
TINGGI: 1,120mm
RAKE / TRAIL: 24.7° / 92mm
JARAK RODA: 1,370mm
KELEGAAN BUMI: 140mm
TINGGI PELANA: 785mm
BERAT KERB: 168kg
KAPASITI TANGKI: 14 liter
GALERI
SUMBER: Ultimate Motorcycling
Ahmad says
Bla masok Malaysia Kawasaki 400
Syed says
Tulah sye pon nk beli motor nie