• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aria FXE - Jawapan Amerika untuk Porsche 918 dan McLaren P1

Aria FXE - Jawapan Amerika untuk Porsche 918 dan McLaren P1

December 5, 2017 By Han Othman Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa kali menyiarkan gambar acah, Aria Group akhirnya mendedahkan satu-satunya supercar pengeluaran buatan pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu, Aria FXE berkuasa 1,150hp!

Rasanya ramai pembaca belum pernah dengar tentang Aria Group, tetapi jika anda peminat automotif sejati, nama pengeluar itu bukanlah asing. Firma itu pernah membantu syarikat rekabentuk, Singer menghasilkan model Porsche 911 Reimagined (versi reka semula), dan turut membina kenderaan konsep untuk pengeluar lain seperti Kia Stinger GT4 dan Honda FC Sport.

Jadi, bersandarkan kelayakan tersebut, bukanlah perkara mengejutkan apabila Aria mengumumkan pelancaran supercar pengeluaran pertamanya itu. FX4 dijana enjin LT4 Small Block V8 berkuasa 720hp yang turut menjadi nadi C7 Corvette Z06. Enjin yang menyimpan sejumlah besar tork itu kemudian dipadukan bersama transmisi dwi-klac yang khabarnya dibekalkan Xtrac. Rakan mekanikal terakhir FX4 pula ialah e-gandar dengan dwi-motor di depan dan pek bateri litium-ion 10kWh yang memberikan ekstra kuasa kuda 540hp.

Hasilnya, kuasa 1,150hp dan tork 1,784Nm!

SEPANTAS 2.7 SAAT!

aria-fxe-hypercar-11
aria-fxe-hypercar-6
aria-fxe-hypercar-2
aria-fxe-hypercar-7

Aria mendakwa FXE mampu memecuit 0-100kmj sepantas 2.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 337kmj. Dengan casis monokok gentian karbon, termasuk panel badan daripada material sama, supercar itu secara relatif cukup ringan bagi sebuah model hibrid dengan berat cuma 1,564kg. FXE turut dimuatkan rim sentral (centrelock) HRE bersama set tayar Pirelli P Zero Trofeo R Color Series.

Prestasi? Anda perlu menunggu Aria FXE berada di jalanan menjelang lewat 2019 nanti yang bakal dijual pada harga lebih AS$1 juta (RM4 juta) dengan jumlah pengeluaran 400 unit. Apakah berbaloi penantian tersebut?

GALERI

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aria FXE, Aria Group, hypercar, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev